Bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan, Terengganu FC mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak pemain tengah versatile mereka, Ahmad Syamim Yahya.

Perkara ini disahkan oleh Syamim sendiri dimana selepas beliau mendapat surat penamatan kontrak daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), bekas pemain Felda United itu kini sedang giat mencari pasukan baharu.

Terengganu FC
Sumber Gambar: Terengganu FC

“Mungkin rezeki Terengganu FC tidak ada musim ini, walaupun dibarisi ramai pemain tempatan dan import berpengalaman namun kejayaan diimpikan tidak juga kunjung tiba.

“Saya mendoakan pasukan itu mencatat kejayaan lebih bermakna pada masa akan datang,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambah pemain berusia 29 tahun itu, beliau gembira beraksi bersama TFC khususnya ketika dibimbing oleh Nafuzi Zain dan mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas majikannya itu.

Terengganu FC
Sumber Gambar: Terengganu FC

Syamim menyertai Terengganu FC bermula saingan musim 2019 selepas beliau membantu Felda United menjulang trofi Liga Perdana pada musim sebelumnya.

Namun, Syamim dilihat sedikit bergelut untuk menampilkan aksi terbaik kerana pasukan menghadapi beberapa isu dalaman seperti pergantian ketua jurulatih pada pertengahan musim.

Selain pernah beraksi bersama Felda United, sebelum ini Syamim juga pernah menyarung jersi Johor FA, T-Team dan Pahang.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:

Terengganu FC Cari Calon Pengarah Teknikal Untuk Liga Malaysia Musim Depan

Nafuzi Zain Kekal Sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC