Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam telah menandatangani kontrak perjanjian yang mengesahkan redONE Network Sdn Bhd sebagai penaja platinum untuk kelab itu bagi musim 2021.

Menurut laporan daripada Berita Harian, TFC telah dapat tajaan sebanyak RM1.5 juta dan redONE bakal menjadi satu-satunya penaja yang akan berada di jersi pasukan pada perlawanan AFC Cup yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada bulan Jun 2021 ini.

Dalam masa yang sama pelbagai program dan pengisian bersama redONE akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak manfaat bersama melibatkan kedua-dua pihak.

154983996_1175129302917749_8025394341074791207_o
FOTO: TFC

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus manyatakan dengan minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak, beliau kini dalam usaha untuk meningkatkan penjenamaan redONE yang telah berjaya menandingi syarikat telekomunikasi lain di Asia dan redONE turut berjaya menembusi pasaran Singapura, Filipina dan Thailand.

Beliau juga berharap redONE akan dapat mengekalkan hubungan kerjasama yang baik bersama Terengganu FC.

Menjelang aksi tanpa penonton di semua lokasi perlawanan, Ketua Pegawai Jualan redONE, Encik Ben Teh mengatakan bahawa beliau juga sama seperti para peminat yang merindui sorakan dan sokongan di dalam stadium.

Tambahnya lagi, meskipun agak terkesan dari sudut jualan disebabkan pandemik yang melanda namun beliau tetap komited untuk terus bersama Terengganu FC lebih-lebih lagi dengan kembalinya Terengganu FC ke pentas Asia bagi saingan musim 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Lebih 5000 Helai Jersi Terengganu FC Telah Terjual, Jersi ‘Away’ Paling Laris

Thomas Dooley Terkejut Melihat Fasiliti Latihan Sri Pahang FC Yang Sangat ‘Miskin’

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

Tan Sri Annuar Musa Dilantik Sebagai Presiden Kuala Lumpur United

Sarawak United Tukar Venue Rasmi Ke Stadium Hang Jebat