Pemergian penjaga gol senior pasukan, Allahyarham Mohd Suffian Abdul Rahman nyata memberikan kesan yang mendalam terhadap skuad Terengganu FC kerana penjaga gol itu dianggap sebagai pemain contoh terutamanya kepada pemain muda dalam pasukan.

Namun, TFC menegaskan mereka tidak bimbang untuk mencari penjaga gol bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Suffian dimana Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menyatakan penjenamaan yang dilakukan ke atas skuad berkenaan akan membantu pasukan.

hishamuddin abdul karim-timb-presiden-pbsnt
Hishamuddin Abdul Karim
Sumber Gambar: Terengganu FC

Hishamuddin berkata: Satu kehilangan yang besar kepada sukan bola sepak negeri kerana arwah Suffian adalah seorang pemain yang berdisiplin selain menjadi contoh kepada pemain lain.

“Arwah yang dipanggil ‘Abang Long’ dalam pasukan juga seorang pemain yang tidak lokek ilmu kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pemain lain.

“Kita tidak begitu bimbang dengan ketiadaan arwah kerana masih ada pemain lain yang mampu mengisi kuota penjaga gol terutama daripada pasukan Terengganu FC II (TFC II) sebagai pasukan ‘feeder club’.

Wan Azraie Wan Teh
SHAH ALAM 20 MAY 2017. Penjaga gol Pahang, Wan Muhammad Azraie Wan Teh kelihatan sedih selepas tewas kepada Kedah 3-2 pada perlawanan akhir Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Ketika ini, Wan Azraie Wan Teh menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain bagi mengawal pintu gol Terengganu FC dalam kesebelasan utama. Selain Wan Azraie, TFC turut mempunyai dua penjaga gol lain iaitu Muhamad Ilham Amirullah Razali dan Shafawi Mohamad.

Detik paling diingati Suffian ketika menyarung jersi Terengganu ialah ketika beliau membantu TFC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu. Akan tetapi, hasrat TFC untuk menjulang trofi tidak kesampaian apabila tewas kepada pasukan Perak menerusi penentuan sepakan penalti.