Pasukan Terengganu FC mempunyai cita-cita tinggi dalam saingan Liga Malaysia musim 2020 apabila mahu memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan.

Perkara ini diutarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dimana beliau meletakkan sasaran tersebut setelah membuat penilaian terhadap skuad bimbingan Nafuzi Zain itu.

Terengganu FC
Sumber Gambar: Terengganu FC

“Tidak salah untuk meletakkan sasaran yang tinggi kerana itu perkara biasa dan saya optimis pemain-pemain import serta tempatan akan memberikan yang terbaik.

“Yang paling penting adalah untuk membaiki pencapaian 2019.

“Sasaran lebih spesifik adalah TFC menjuarai semua pertandingan, bukan sekurang-kurangnya satu trofi seperti sebelum ini,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Terengganu FC
Sumber Gambar: Terengganu FC

Bagi menghadapi saingan musim 2020, Terengganu FC dibarisi seramai 80 peratus pemain yang merupakan anak jati Terengganu berbanding musim lalu hanya 60 peratus.

Nafuzi Zain akan dibantu oleh Subri Sulong dan Rosdi Talib, yang mana pernah memenangi kejuaraan Piala Malaysia ketika bergelar pemain Terengganu sebelum ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:

Terengganu FC Perkenalkan Jersi Rasmi Untuk Musim 2020

Kelab Thai League 1 Berminat Ambil Khidmat Pemain Terengganu FC

Terengganu FC Jadi Destinasi Seterusnya Bagi Darren Lok?