Pasukan Terengganu FC memulakan pemburuan mereka dalam mencari pemain import bagi mengukuhkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Ketua jurulatih, Nafuzi Zain menegaskan pemain-pemain Vietnam, Indonesia, Singapura, Eropah, Amerika Selatan dan Afrika sedang dinilai sama ada sesuai untuk beraksi bersama pasukan dan masih di peringkat awal selain tidak menolak ramai awang import akan hadir menjalani sesi pemilihan bersama TFC.

“Proses mendapatkan pemain import masih berjalan dan kami sedang mengenal pasti calon terbaik menggantikan mereka yang tidak lagi bersama TFC.

“Saya jangka ramai yang akan hadir mencuba nasib dalam sesi pemilihan sebaik saja kami kembali berlatih bulan depan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Terengganu
Sumber Gambar: BH

Terengganu FC terpaksa melupakan khidmat dua pemain import iaitu Kipre Tchectche yang memilih untuk berhijrah ke pasukan lain dan Thierry Chantha Bin yang tidak disambung kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Pada masa yang sama, Nafuzi turut melaungkan keyakinan gabungan pemain muda daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia serta pemain senior yang akan diketuai oleh Lee Tuck mampu untuk memberikan cabarang sengit kepada pasukan lain musim hadapan.

“Diketuai Lee Tuck yang masih kekal, saya yakin adunan muka baru dan lama akan membuahkan hasil musim depan,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai Terengganu FC di sini:

Terengganu FC Lepaskan 12 Pemain Sebelum Hadapi Saingan Liga Malaysia Musim 2020

PBSNT Sahkan ‘Drogba’ Digugur Daripada Skuad Terengganu FC Musim Depan

Terengganu FC Buru Penyerang Yang Beraksi Di Saingan V-League