Minggu lepas, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengumumkan Ab Rasid Bin Jusoh, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC) berkuatkuasa serta-merta.

Beliau yang pernah menjadi CEO T-Team FC pada tahun 2013 hingga 2016 akan menguruskan TFC sebagai sebuah kelab bola sepak profesional dan syarikat berstruktur korporat.

“Ini adalah merupakan permulaan bagi sesuatu yang baru khususnya dalam arena sukan bola sepak di negeri Terengganu.

“Ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan TFC bakal bergerak dengan langkah positif dengan berlandaskan pelan atur dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memastikan kelab ini dapat bersaing dan terus membangun maju dari tahun ke tahun.

“Kejayaan dalam kejohanan semestinya menjadi keutamaan bagi semua pasukan bola sepak namun di TFC kini kita perlu mula membina penstrukturan pengurusan yang kukuh dari pelbagai sudut kerana itulah kunci untuk kejayaan bagi keseluruhan aspek dalam sesebuah pasukan bola sepak,” kata kenyataan rasmi daripada TFC.

Ab Rasid Jusoh, CEO baharu TFC

Ab Rasid juga menjelaskan pihak pengurusan sudah mempunyai beberapa perancangan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Terengganu dan juga strategi untuk mengukuhkan sumber kewangan.

Katanya dalam Sinar Harian, pihaknya merancang untuk menjadikan TFC sebagai pasukan nombor satu negara dengan pengurusan terbaik.

“Untuk tahun ini di bawah pengurusan baharu TFC Sdn Bhd, kita tetapkan misi ‘Win Back Mission’ bagi menjadikan TFC pasukan nombor satu negara dan pengurusan (pasukan) terbaik di rantau ini.

“Kita ada beberapa perancangan..antaranya menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai tempat himpunan anak muda dengan pelbagai penganjuran acara yang boleh menjana pendapatan kepada kelab,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Perak Tidak Sambung Kontrak Antony Golec

6 Logo Terbaik Telah Terpilih Daripada 570 Penyertaan Cipta Logo Pasukan Pahang

Safawi Rasid Minta Penyokong Untuk Bersabar