Kelmarin, Malaysia Football League (MFL) menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan mengumumkam Piala Malaysia musim ini yang memasuki peringkat suku akhir terpaksa dibatalkan berikutan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menolak rayuan MFL semalam untuk meneruskan kejohanan tertua di Asia itu.

Oleh sebab itu, MFL memutuskan  Terengganu FC (TFC) yang berada di kedudukan ketiga Liga Super musim ini secara automatik akan mendapat slot beraksi dalam saingan Piala AFC 2021.

Perkembangan itu menghadirkan perkhabaran gembira kepada pengendali TFC, Nafuzi Zain dan beliau mahu membuat persiapan awal sebelum beraksi di pentas asia musim depan.

“Kita sememangnya merasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan aksi TM Piala Malaysia yang telah dibatalkan pada musim ini, namun jika dilihatkan tindakan ini bagi kepentingan semua pihak, kita perlu akur dan memastikan segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mesti kita patuhi.

“Satu impak positif buat TFC dapat dilihat apabila pembatalan saingan TM Piala Malaysia ini adalah ianya telah melayakkan kita secara ‘automatik’ ke kejohanan Piala AFC 2021 dan ia merupakan satu peluang dan cabaran yang harus kita sahut. Terima kasih juga buat pihak Malaysia Football League (MFL) yang pantas menetapkan keputusan dan ini memberikan kita masa yang cukup untuk membuat persediaan awal bagi musim 2021 termasuk persediaan untuk beraksi di pentas Asia,” kata Nafuzi dalam kenyataan rasmi di laman facebook TFC.

Ini merupakan kali ke-2 pasukan Terengganu berjaya beraksi di pentas Asia setelah kali terakhir berjaya beraksi di Piala AFC pada tahun 2012. /

“Ketika itu pasukan ini dibimbing oleh ‘sifu’ saya sendiri iaitu Haji Irfan Bakti. Penyertaan pada tahun hadapan akan menjadi penyertaan kali ke-2 pasukan dari Terengganu di kejohanan ini dan ianya merupakan tanggungjawab besar bagi seorang jurulatih yang masih baru seperti saya.

“Namun saya akan pikul tanggungjawab ini dan saya yakin para pemain saya mampu untuk membawa sesuatu yang berbeza bukan sahaja di Liga Malaysia, malah apabila beraksi di pentas Asia, InsyaAllah,” jelas Nafuzi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pulau Pinang Mahu Kekalkan Tiga Pemain Import Hadapi Musim 2021

Frank Bernhardt Jadi Buruan Pasukan Liga Super

Kontrak ‘Mickey’ Bersama Skuad Tok Gajah Tidak Disambung Musim Depan