Persatuan Bola Sepak Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) semalam telah mengumumkan 12 pemain yang tidak akan bersama skuad penyu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Antara pemain yang turut dilepaskan ialah penyerang berbisa mereka, Kipre Tchetche yang dilaporkan telah menerima tawaran daripada pasukan lain. Pemain lain yang sah dibebaskan ialah Malik Mat Ariff, Nabil Ahmad Latpi, Shahrul Aizad Zulkifli, Ahmad Syamim Yahya dan Khairul Izuan Rosli pula.

Pemain tengah dari Kemboja, Thierry Chantha Bin turut menerima nasib yang sama bersama Khairul Azrin Khazali, bek kiri, Adib Aizuddin, Khairul Anwar Shahrudin, Hasni Zaidi Jamian serta penjaga gol, Wan Muhamad Azraei Wan Teh.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pemain dan pegawai yang telah beraksi dan berkhidmat bersama pasukan TFC sepanjang musim 2019 dan selamat maju jaya diucapkan untuk musim yang akan datang.

“Kami akan selamanya menganggap anda adalah sebahagian dari keluarga besar TFC, segala kenangan pahit dan manis yang dilalui bersama semestinya akan sentiasa dikenang,” kata kenyataan rasmi daripada laman facebook TFC.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim, mengakui pihaknya berdepan tugas sukar untuk mencari penyerang import sehebat Kipre Tchetche yang telah menjaringkan 40 gol dalam 63 penampilan.

Beliau dibawa masuk oleh jurulatih terdahulu, Irfan Bakti Abu Salim yang telah meletak jawatan beberapa bulan lalu.

“Tidak dinafikan Tchetche antara yang berkualiti dan seperti penyokong, saya juga mahukan penyerang setanding atau lebih baik lagi.

“Seperti saya sering maklumkan, pihak pengurusan tidak akan mencampuri urusan pemilihan pemain,” katanya seperti dipetik dalam Arena Metro

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Terengganu FC melalui pautan dibawah. 

PBSNT Sahkan ‘Drogba’ Digugur Daripada Skuad Terengganu FC Musim Depan

Terengganu FC Buru Penyerang Yang Beraksi Di Saingan V-League

Terengganu FC Cari Calon Pengarah Teknikal Untuk Liga Malaysia Musim Depan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group