Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam mengumumkan Slobodan Kalacar sebagai jurulatih kecergasan pasukan untuk meningkatkan tahap fizikal dan stamina pemain bagi menghadapi musim yang mencabar dalam Liga Malaysia 2021.

Mempunyai ketinggian 190 cm dan berat 100 kg, Slobodan juga bukan calang-calang orangnya kerana beliau merupakan bekas juara sukan Judo Bosnia dan Herzegovina sebanyak 3 kali serta pernah mewakili negaranya di Kejohanan Judo Dunia pada tahun 2001.

Meskipun tiada pengalaman sebagai pemain bola sepak profesional namun beliau juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih kecergasan dengan kelab Filipina, Ceres-Negros FC dan kelab Bosnia, FK Sarajevo.

Bola sepak sekarang berbeza kerana pemain berdepan kemahuan lebih tinggi oleh ketua jurulatih.

133410867_1137084850055528_7523994435629919180_o
Slobodan Klacar diperkenalkan kepada pemain dalam sesi latihan semalam. FOTO: TFC

Jurulatih kecergasan ini sebenarnya memainkan peranan besar dalam kejayaan sesebuah pasukan. Tugas utama bagi mana-mana jurulatih kecergasan adalah untuk memastikan pemain kurang mengalami kecederaan apabila mengharungi jadual yang cukup padat.

Mereka juga bertanggungjawab memastikan seseorang pemain itu dapat beraksi selama 90 minit perlawanan atau bertahan untuk satu musim tanpa rasa kejang atau sengal-sengal otot.

Tetapi objektif mereka tetap sama iaitu memastikan tahap fizikal pemain di tahap terbaik selain dapat membantu menampilkan prestasi terbaik.

Kini setiap pasukan Liga Malaysia mempunyai jurulatih kecergasan masing-masing dan ia banyak memberi kesan positif dalam usaha meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan  Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Media Jepun Dedahkan Bekas Pemain Kashima Antlers, Masashi Motoyama Setuju Sertai Kelantan United

Peminat Kecam Tindakan Setiausaha Agung Melaka United Pakai Jersi Liverpool Di Majlis Rasmi

Anugerah Penyerang Terbaik Motivasi Untuk Shahrel Fikri, Aidil Zaquan Pegang Anugerah Pertahanan Terbaik 5 Kali