Terengganu FC dengan kerjasama AL Sports hari ini telah melancarkan jersi alternate ataupun jersi ketiga pasukan bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menggunakan tema” Be The Difference”, jersi tersebut hadir dengan warna kuning keemas-emasan bagi memberikan satu rekaan yang berbeza dan juga penggunaan warna yang pelbagai selain hitam dan putih.

Terengganu FC
Sumber Gambar: TFC

Pengumuman mengenai jersi ketiga TFC ini dibuat di laman media sosial rasmi dan juga laman web rasmi pasukan. Jersi baru ini boleh didapati pada 19 April 2019 iaitu pada jumaat ini apabila Terengganu FC menentang Felda United dalam saingan Liga Super.

Jersi ketiga TFC ini juga bakal dijual kepada orang ramai di kesemua butik Al-Ikhsan, Football Republic, TFC Merchandise Store dan juga Turtle Store bermula jumaat ini. Jersi ketiga ini juga mempunyai dua gred iaitu Player Issue dan juga Ultra Fit. Jersi ini akal dijual dengan harga RM99.00 ( Player Issue ) dan RM139.00 ( Ultra Fit ).