Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) selama 7 tahun.

Antara perkara yang terkandung dalam kerjasama ini adalah antaranya pihak UniSZA bakal membenarkan penggunaan segala infrastruktur serta kemudahan sukan yang terdapat di kampus mereka.

Pembangunan bolasepak TFC juga akan dipantau dan disokong menerusi kepakaran saintis sukan, kejuruteraan dan perubatan di UniSZA.

Lebih menarik, UniSZA turut akan membekalkan beberapa lagi kepakaran seperti bahagian pemasaran, penjanaan pendapatan, psikologi, nutrisi, fisioterapi dan analisis pencapaian.

Bagi pihak UniSZA pula, TFC akan membuka ruang bagi para pelajar di bidang berkaitan untuk melakukan latihan industri dibawah penyeliaan TFC Sdn Bhd dan hal ini amat dinantikan bagi mereka yang teruja untuk mengalami sendiri cara sesebuah organisasi swasta yang menguruskan hal berkenaan bola sepak itu berfungsi.

“Antara manfaat lain juga ialah, TFC akan memantau dan membantu UniSZA dalam membangunkan pasukan bolasepak UniSZA yang sinonim dengan aksi dalam saingan Liga Bolasepak Institusi Pengajian Tinggi.

“YAB Menteri Besar Terengganu juga amat berbesar hati dengan persefahaman yang telah dicapai antara TFC dan juga UniSZA ini setelah mengambil contoh daripada beberapa negara maju dimana sektor sukan dan pendidikan saling berkait rapat dan kejayaan di lapangan sukan akan menjadi lebih cemerlang dengan khidmat sokongan daripada sektor pendidikan yang meliputi kajian dan pembangunan,” kata kenyataan daripada TFC.

Kerjasama ini diharapkan dapat membantu pengurusan pasukan untuk mengetengahkan elemen-elemen sains sukan dan teknologi yang terbaru dengan kos efektif ke arah meningkatkan kualiti bola sepak Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Mohamadou Sumareh Bakal Sertai Kedah Secara Pinjaman?

Safawi Rasid Tersenarai Bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020

Gagal Lengkapkan Dokumen Pelesenan Kelab, Melaka United Bakal Beraksi Di Liga M3?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group