Pasukan Terengganu FC disebut-sebut sebagai destinasi seterusnya bagi bekas penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020.

Beberapa gambar yang viral di laman media sosial menunjukkan Darren menghadiri perlawanan pra musim serta terlibat dalam beberapa aktiviti pasukan kendalian Nafuzi Zain itu.

Darren hadir ketika TFC menewaskan pasukan Liga 1 Indonesia, Madura United dengan keputusan 2-0 pada perlawanan pra musim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat lalu.

Selain itu, Darren turut dilihat menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Terengganu dimana majlis tersebut turut mengundang pemain dan pegawai Madura United.

Terengganu FC
Sumber Gambar: Terengganu FC

Musim lalu, pemain kacukan Malaysia-England ini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim II dimana beliau membantu membawa kelab tersebut memenangi Piala Cabaran 2019.

Namun, kontrak beliau tidak disambung dimana JDT II mahu menggunakan khidmat pemain muda bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Baca artikel lain mengenai Darren Lok di sini:

Johor Darul Ta’zim Tidak Sambung Kontrak Darren Lok

Pemain JDT Terima Rawatan Daripada Pakar Bedah Berkelas Dunia