
Meskipun berstatus feeder club, namun perkara tersebut tidak menghalang skuad Terengganu FC II untuk menandatangani pemain import sekaligus memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Baru-baru ini, TFC II mengumumkan mereka menandatangani khidmat bekas pemain import PDRM FA, Argzim Redzovic bagi mengukuhkan benteng pertahanan.
Pemain kelahiran Montenegro itu menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan, Roshaidi Wahab bagi menggantikan pemain dari Ukraine, Serhii Andrieiev yang kontraknya tidak disambung oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

SHAH ALAM, 15 Sept — Pemain PKNS FC Bruno Oliveira De Matos (tengah) diasak dua pemain PDRM Woonsub Sin (kiri) dan Argzim Redzovic (kanan) dalam perlawanan Piala Malaysia 2018 yang berlangsung di Stadium Shah Alam hari ini.
Keputusan separuh masa pertama PKNS FC 3-0 PDRM.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
Selain menandatangani Argzim, TFC II turut mengumumkan mereka memberi kontrak lanjutan kepada dua pemain import daripada skuad musim ini iaitu Bruno Suzuki dan Dechi Marcel N’Guessan bagi memperkuatkan bahagian tengah serta jentera serangan.

Sumber Gambar: Terengganu FC
PBSNT membuat pusingan U dimana Bruno dan Dechi sebelum ini dikhabarkan meninggalkan pasukan kerana tidak diberikan kontrak lanjutan oleh pihak pengurusan pasukan.
Bruno dan Dechi juga pernah beraksi bersama pasukan utama iaitu Terengganu FC dalam saingan Liga Super musim ini.
Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:
Pemain Sayap Singapura, Faris Ramli Sah Sertai Terengganu FC
APA KOMEN ANDA?