Dikala pasukan lain mungkin tengah bercuti panjang kerana tidak terlibat dalam mana-mana perlawanan kompetitif selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini, namun skuad Terengganu FC masih aktif dengan pelbagai aktiviti apabila bakal menyertai kejohanan jemputan antarabangsa, Sheikh Kamal International Club Cup di Bangladesh.

Kejohanan itu disertai oleh 8 kelab dari negara yang berbeza dari Maldives, India, Laos, Malaysia dan tuan rumah sendiri, Bangladesh. 8 kelab ini dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai 4 pasukan.

Terengganu FC diundi dalam kumpulan B bersama dua kelab dari negara tersebut iaitu Bashundhara King’s dan Dhaka Abahani. Satu lagi pasukan ialah juara Liga India, Chennai City FC yang merupakan antara pencabar terkuat kejohanan tersebut.

Manakala kumpulan A menempatkan kelab dari Maldives, TC Sports Club, Mohun Bagan AC (India), Young Elephant FC (Laos),  serta Chittagong Abahani (Bangladesh) .

photo_2019-10-18_15-15-28

Perlawanan daripada kumpulan A akan bermula pada 20 Oktrober ini dan skuad kendalian Nafuzi Zain itu dijadualkan bertemu Chennai City FC pada hari isnin ini (21 Oktober) pada pukul 6 petang waktu Malaysia.

Kemudian mereka akan menentang dua pasukan tuan rumah, Dhaka Abahani dan Bashundhara King’s pada 23 Oktober dan 25 Oktober pukul 9.00 malam. Semua perlawanan ini berlangsung di Stadium M.A. Aziz, Chittagong.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir pada 27 Oktober dan 28 Oktober dimana naib juara kumpulan B akan bertemu juara kumpulan A manakala naib juara kumpulan A bertemu juara kumpulan B. Perlawanan akhir akan diadakan pada 30 Oktober 2019 dan pemenang akan membawa pulang 50,000 Dollar.

Lee Tuck kembali semula ke Bangladesh?

Kejohanan ini juga cukup menarik bagi tonggak tengah Terengganu FC, Lee Tuck apabila beliau mengimbau kembali kenangan beraksi bersama kelab Dhaka Abahani pada tahun 2016.

Penyokong kelab tersebut pasti merindui kelibatnya apabila Lee Tuck dijangka membuat penampilan dalam perlawanan menentang bekas pasukannya pada 23 Oktober

Lagi artikel menarik mengenai pasukan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Terengganu FC Tidak Sambung Kontrak Ahmad Syamim Yahya

Terengganu FC Cari Calon Pengarah Teknikal Untuk Liga Malaysia Musim Depan

Nafuzi Zain Kekal Sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC