Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada bulan Julai lepas mewajibkan semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia mempunyai jawatan pengarah teknikal untuk memastikan sistem mereka lebih seragam di semua peringkat umur, dari peringkat akar umbi hingga elit.

Pengarah teknikal kebiasaannya akan dibantu oleh sepasukan jurulatih yang bertauliah untuk menjayakan program pembangunan pemain muda seperti di akademi bolasepak. Jika seseorang pengarah teknikal mengamalkan falsafah bolasepak yang positif, maka akan lahirlah generasi pemain yang positif.

Mengulas mengenai saranan FAM, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim, membayangkan pihaknya akan mencari calon yang layak untuk mengisi jawatan itu dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, mereka perlu memuktamadkan barisan kejurulatihan pasukan skuad utama Terengganu FC (TFC) hingga pasukan muda (TFC IV) dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kami ada komitmen ke arah itu (Pengarah Teknikal) tapi sekarang fokus kepada menyelesaikan kekosongan jurulatih dahulu. Perbelanjaan juga perlu diambil kira dan saya lihat kami mungkin ada pengarah teknikal musim depan,” jelas Hishamuddin dalam Stadium Astro.

72476573_1233691033492519_1443241360873226240_n

FOTO: Terengganu FA

Jawatan pengarah teknikal atau pengarah bolasepak telah lama diwujudkan bagi sesetengah kelab di eropah. Seseorang yang dilantik ke jawatan ini selalunya diberi tugas utama untuk membangunkan program di peringkat akar umbi.

TFC pernah melantik Mike Mulvey sebagai pengarah teknikal pada tahun 2016. Kegagalan beberapa persatuan bola sepak negeri (FA) untuk melantik pengarah teknikal akan membantutkan usaha melahirkan pemain berkualiti, malah ia turut menjejaskan ekosistem bola sepak di peringkat akar umbi.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Terengganu FC melalui pautan dibawah:

Nafuzi Zain Kekal Sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC

Lee Tuck Dan Sanjar Shaakhmedov Kekal Bersama Terengganu FC

Watford FC Berentap Dengan Pasukan Terengganu Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Pada 1982

1 KOMEN
  • Roslijusoh

    Nk senarai nama player terengganu 1982,1983….

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group