Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) kelmarin telah melancarkan TFC PLAY iaitu platform servis streaming untuk konten video eksklusif pasukan tersebut dengan membawa cogan kata “Ultimate Football Experience . Anytime . Anywhere “.

Artikel Berkaitan:

TFC PLAY bakal menjadi penanda aras baru untuk kelab ini dalam menyediakan sesuatu yang berbeza buat para peminat dan penyokong pasukan ini dan secara rasmi menjadi kelab bolasepak pertama di Malaysia yang memilikinya.

Menurut kenyataan rasmi, antara tujuan utama penghasilan TFC PLAY adalah sebagai salah satu cabang penjanaan pendapatan untuk kelab tersebut dalam langkah untuk terus bergerak kearah penswastaan penuh serta boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan dari kerajaan negeri pada masa-masa yang akan datang.

Malah, mereka berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM300,000 dalam setahun jika mencapai sasaran 5000 pelanggan pada musim 2023.

Selain itu, kewujudan TFC PLAY juga dilihat sebagai salah satu anjakan untuk menaikkan nilai komersial kelab ini dengan menjadikan ianya sebuah aset besar dalam usaha untuk menarik minat pelabur dan rakan rasmi untuk menjalinkan kerjasama dalam aspek pemasaran dan pengkomersialan.

Menerusi TFC PLAY, para penyokong setia Terengganu boleh menyaksikan konten video eksklusif yang tidak terdapat dimana-mana aplikasi lain seperti Youtube dan sebagainya.

Segala paparan yang dimuatnaik di TFC PLAY bakal tampil berbeza dengan video yang ada di media sosial rasmi kelab dan laman Youtube rasmi kelab (TFC TV).

Untuk mengakses konten video eksklusif tersebut, para penyokong perlu melanggan 2 pakej yang ditawarkan iaitu pakej pertama adalah langganan untuk 1 bulan dengan harga serendah RM7.00 dan pakej kedua untuk langganan selama 12 bulan (setahun) dengan harga RM60.00.

Perbezaan pakej 1 dan pakej 2

Untuk pakej pertama, pelanggan boleh menonton segala konten yang ada didalamnya untuk tempoh 1 bulan dan jika selepas tamat tempoh, mereka boleh memilih untuk menyambung atau tidak untuk bulan seterusnya.

Seterusnya pelanggan yang melanggan pakej kedua ini bakal menikmati penjimatan sebanyak RM24.00 berbanding jika mereka melanggan pakej bulanan ( 1 bulan ).

Anggaran untuk 1 tahun pelanggan bakal menikmati kira-kira 95 video seperti Dokumentari, Original Movie, Diari Pasukan, Konten Eksklusif bagi setiap perlawanan (Inside), dan video-video yang mungkin para peminat belum pernah terfikir akan dapat ditonton dan kesemua ini bakal membuatkan para peminat merasa lebih rapat dengan pasukan serta lebih mengenali kelab ini.

Untuk pelan jangka panjang, TFC PLAY juga ingin menjadikan platform ini sebagai salah satu penyumbang yang boleh memberikan sesuatu kepada peminat dengan menyediakan ruangan video yang akan dihantar oleh peminat dan video yang dipilih untuk dimuatnaik bakal menerima bayaran dan ianya bakal menjadi satu ruangan untuk para peminat juga menjana pendapatan buat diri mereka.

Ini adalah satu langkah yang bijak dilakukan oleh pengurusan TFC dalam merapatkan hubungan bersama penyokong setia.