Terengganu FC (TFC) akur dengan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak meluluskan permohonan pengambilan pemain pertahanan import baru, Luis Gustavo Camilo walaupun selepas tiga kali rayuan dibuat.

Bagi mengisi kelopongan tersebut, TFC tiada jalan lain selain menurunkan pemain pertahanan dari feeder team mereka, Terengganu FC II bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini serta saingan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

Dua pemain pertahanan TFC II, Serhii Andrieiev dari Ukraine dan pemain tengah kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel bakal dinaikkan pangkat bagi beraksi bersama pasukan utama.

Dechi Marcel

Sumber Gambar: Terengganu FC

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata pihaknya akan memanfaatkan sistem feeder club bagi mengukuhkan pasukan utama.

“Perkara ini saya serahkan kepada pemangku ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain untuk uruskan, tapi kita sebenarnya tidak risau kerana pemain TFC ll juga sudah buktikan keupayaan mereka ketika diserap dalam pasukan TFC,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Luis Gustavo

Sebelum ini, kelewatan mengemukakan dokumen penting kepada FIFA menyebabkan mereka menolak permohonan PBSNT untuk mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) pemain import baru, Luis Gustavo untuk menggantikan Igor Zonjic yang digugurkan.

PBSNT kemudiannya menghantar permohonan khas dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi membolehkan persatuan itu mendaftar pemain import yang sudah ada ITC di Malaysia. Namun sehingga kini MFL masih belum memberikan sebarang jawapan.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group