Kemaskini 27 April 2021, 11.18 PM: Pasukan Persipura Jayapura diletakkan dalam kumpulan H bersama-sama pasukan Kedah. Terengganu akan menunggu pemenang play-off diantara Visakha (Kemboja) berdepan Lalenok United (Timor Leste) untuk melengkapkan pasukan dalam kumpulan I.

Dengan keadaan dalaman Myanmar yang masih tiada jalan penyelesaian, 2 buah kelab dari negara itu menarik diri dan meninggalkan slot kosong dimana iaitu 1 slot dalam kumpulan I dan 1 slot diperingkat play-off ASEAN.

Shan United yang sebelum ini berada dalam kumpulan I akan digantikan oleh pasukan dari Indonesia iaitu Persipura Jayapura, bersama-sama pasukan Terengganu (Malaysia), Geylang United (Singapura) dan juga Kaya-Iloilo (Filipina).

Semua perlawanan dalam kumpulan I ini akan dilangsungkan di Singapura bermula dari 22 Jun sehingga 11 Julai 2021 seperti yang telah diumumkan oleh pihak AFC sebelum ini.

Pasukan Persipura Jayapura sebelum ini berada diperingkat play-off ASEAN, menantikan pemenang dari perlawanan Visakha (Kemboja) bertemu Lalenok United (Timor Leste), namun selepas penarikan diri 2 pasukan dari Myanmar tersebut, pasukan ini akan diletakkan dalam kumpulan I untuk aksi 2021.

Senarai pasukan dalam kumpulan I kejohanan AFC Cup 2021:

  • Geylang United (Singapura)
  • Kaya-Iloilo (Filipina)
  • Persipura Jayapura (Indonesia)
  • Terengganu (Malaysia)

Aksi 3 pasukan dari Malaysia dalam kejohananan kelab AFC musim 2021 ini adalah amat penting kerana kutipan mata AFC MA ranking bakal menentukan slot untuk pasukan kita dalam kejohanan AFC Champions League musim akan datang.

Pada kedudukan semasa, Malaysia berada pada kedudukan ke 11 AFC MA ranking Asia Timur dengan 20.141 mata. Sekiranya kedudukan ini kekal sehingga tamat musim 2021, kita akan kehilangan 1 slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League dan hanya akan menerima 1 slot dipusingan kelayakan play-off sahaja.

Semoga pasukan JDT, Kedah dan Terengganu akan mempamerkan aksi terbaik untuk kebaikan bola sepak Malaysia diperingkat Asia!

Teruskan membaca artikel-artikel yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Sanjar Shaakhmedov Sumbat Gol Penyamaan Untuk Ikat Juara 3 Kali AFC Champion League Al-Hilal SFC

Lelaki Ini Berkongsi Cerita Mengenai Masalah Yang Dihadapi Ketika Mahu Membeli Jersi ‘Original’ Penang FC

Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS