Penyerang utama KV Kortrijk, Terem Moffi sudah kembali cergas sepenuhnya setelah mengalami kecederaan hamstring dan beliau sedia untuk merampas semula tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Moffi tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir liga bersama Kortrijk dan beliau kini sudah mula menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Pemain berusia 21 tahun ini dijangka kembali pada perlawanan menentang Mouscron, namun kelab memberi rehat tambahan untuk beliau.

“Saya kini cergas sepenuhnya,” kata Moffi selepas sesi latihan pada Rabu lalu.

Kali terakhir Terem Moffi menjaringkan gol pada perlawanan menentang KRC Gent dimana beliau menjaringkan satu gol pada aksi tersebut.

KV Kortrijk kini berada di tangga keempat dengan kutipan 10 mata, lima mata dibelakang pendahulu iaitu Charleroi. Hujung minggu ini skuad bimbingan Yves Vanderhaeghe itu akan turun berdepan Standard Liege.

Baca artikel lain mengenai Terem Moffi dan KV Kortrijk di sini:

Kelab Bimbingan Steven Gerrard Perlu Bayar RM24.7 Juta Jika Mahu Dapatkan Terem Moffi

Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan

KV Kortrijk Raih Kemenangan Pertama Saingan Jupiler Pro League 2020/2021