Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Kim Pan Gon dan barisan kejurulatihannya telah dibawa melawat Pusat Latihan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Shah Alam, semalam. Ini merupakan lawatan kedua beliau selepas mengunjung Pusat Latihan JDT minggu lepas.

DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor selaku Pengerusi Selangor FC sendiri telah membawa Pan Gon melihat fasiliti yang terdapat di pusat latihan kelab berkenaan.

Tengku Amir Shah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selepas itu turut berkongsi berbicara bersama pengendali baharu Harimau Malaya dari Republik Korea itu sambil menyaksikan pasukan Selangor FC kendalian Michael Feichtenbeiner menjalani latihan.

“Saya harap staf kejurulatihan baharu yang diketuai oleh beliau ini (Pan Gon) akan dapat membawa kejayaan kepada skuad Harimau Malaya.

“Sudah tentu dengan kehadiran barisan kejurulatihan import ini, kita mahu melihat mereka ini dapat berkongsi ilmu pengetahuan bola sepak dan ini peluang untuk pemain-pemain kita meningkatkan lagi tahap permainan apabila dipanggil ke pasukan kebangsaan.\

“Ia akan memberikan kita satu perspektif baharu, idea baharu untuk cara kita berlatih, cara mempersiapkan pasukan dan juga dari sudut taktikal. Harap prestasi pasukan kebangsaan akan lebih meningkat dan kita dapat mencapai kemenangan serta kejayaan yang lebih baik,” kata Tengku Amir Shah.

Yang turut serta pada kunjungan tersebut ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi serta Exco FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar yang juga Timbalan Presiden FAS.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

RASMI: Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023

Datuk Hamidin Jelaskan Sebab Sebenar Sumareh Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan

Kim Pan-gon Mula Tugas Latih Harimau Malaya Pada Bulan Mac 2022