Sebuah stesen televisyen Vietnam TV (VTV) semalam dalam satu laporan mereka mendedahkan bahawa isu makanan untuk skuad negara itu dalam kempen Piala AFF 2020 di Singapura sudah pun selesai.

Ini adalah kerana, sebuah kedai makan Vietnam telah pun menerima ‘tender’ untuk memastikan makanan mengikut selera rakyat tempatan mereka dihantar secara terus ke hotel penginapan.

Menurut video laporan VTV itu juga, tender makanan itu adalah untuk 2 kali makan setiap hari sepanjang kejohanan Piala AFF 2020 ini berlangsung.

Gambar diatas menunjukkan bahawa 2 orang pekerja kedai makan Vietnam di Jalan Bugis, Singapura cukup sibuk melakukan persiapan untuk memasak makanan yang akan dihantar ke hotel penginapan pemain-pemain dan pegawai pasukan kebangsaan negara itu.

Vocket FC menghubungi rakan wartawan di Vietnam dan beliau menjelaskan bahawa menu dari kedai tersebut boleh dipilih setiap hari.

“Jika tempah dari kedai, mereka boleh menukar menu makanan setiap hari seperti yang diminta oleh Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF).”

“Pemilik kedai makan itu menyatakan bahawa dia menyenaraikan lebih 100 menu makanan Vietnam untuk dipilih oleh pemain dan pegawai pasukan kebangsaan setiap hari untuk dimasak dan akan dihantar terus ke hotel penginapan.”

“Pihak VFF telah membuat tempahan makanan untuk dihantar ke hotel 2 kali sehari kepada semua pemain dan pegawai pasukan sepanjang kempen Vietnam dalam kejohanan Piala AFF 2020 ini.”

Isu berkaitan makanan ini kecoh apabila ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo secara terbuka meminta pihak penganjur lebih fleksibel ketika sidang media pertama kejohanan Piala AFF 2020 selepas pemain-pemainnya merungut mahu makan daging babi dalam menu harian mereka.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Ini Reaksi Tan Cheng Hoe Mengenai Isu De Paula ‘Koyak’ Dan Baling Botol Air Dibangku Simpanan

Kedutaan Vietnam Di Singapura Hantar Meja Pingpong Ke Hotel Untuk Elak Pemain Vietnam Mati Kutu

Jurulatih Vietnam Dedahkan Pemain ‘Naik Muak’ Makan Ayam Dan Ikan, Mahu Daging Babi Dalam Menu Harian

Sumber