Erik Ten Hag hari ini mengumumkan bahawa Harry Maguire kekal diberikan kepercayaan dan mandat sebagai kapten pasukan.

Isu ketua pasukan Manchester United menjadi topik panas selepas tamat musim lalu. Ini kerana Maguire dianggap tak cukup bagus menjadi kapten kelab sebesar Manchester United.

Tetapi Ten Hag berpandangan berbeza. Selepas dia mengenali Maguire dengan lebih dekat, dia mendapati pertahanan tengah termahal dunia itu sebagai kapten yang hebat dan mantap.

Man United dalam rangka persiapan menentang Liverpool untuk aksi Pra Musim di Thailand. Erik Ten Hag dalam sidang media sebelum perlawanan mengumumkan perkhabaran gembira itu kepada peminat.

“Saya perlu mengenali semua pemain, tetapi dia seorang kapten yang mantap dan dia telah mencapai banyak kejayaan.”

Beberapa bulan lalu Ten Hag sudah mengesahkan bahawa dia tak akan menjual Maguire seperti yang dicadangkan pengkritik pemain itu. Dia ketika itu malah menyatakan bahawa Maguire akan menjadi nadi penting skuadnya untuk musim baharu.

Sambil menegaskan bahawa Maguire sudah banyak berjasa dan mencapai banyak kejayaan bersama dengan Manchester United. Sumbangan Maguire itu membuatkan Ten Hag merasakan bahawa tiada alasan kelab mahu membuang pemain itu.

Ten Hag malah cuba mencari gandingan terbaik Maguire. Dengan nama seperti Lisandro Martinez mulai dikaitkan dengan Manchester United.

Selain daripada topik ketua pasukan, Ten Hag turut ditanya tentang masa depan Cristiano Ronaldo yang dilaporkan sudah meminta untuk dijual.

Ten Hag menegaskan bahawa: “Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual. Dia tidak bersama kami atas alasan peribadi.”

“Saya sudah tak sabar mahu bekerjasama dengannya. Saya sudah bercakap dengannya dan perbualan kami sangat baik. Tetapi perbualan itu adalah antara saya dengan dia.”

Ten Hag menjadikan Ronaldo sebagai teras penting dalam projeknya di Manchester United.

Jangan lupa saksikan Harry Maguire mengetuai rakan rakannya menentang Liverpool yang akan disiarkan secara langsung oleh TV9 pada 12 Julai 2022 ini.

Siapakah yang akan memenagi Derbi Barat Laut di bumi Thailand itu?