Pengurus Ajax Amsterdam, Erik Ten Hag menjadi antara calon kegemaran untuk mengisi jawatan pengurus secara tetap di Old Trafford.

Pengurus tersebut memiliki reputasi yang sangat baik sebagai seorang pengurus yang memiliki falsafah taktikal yang baik dan jelas difahami para pemainnya.

Selain daripada Ten Hag, nama nama seperti Zinedine Zidane dan Ralf Ragnick juga berada dalam senarai Man United.

Tetapi buat masa ini Manchester United mahu mencari pengurus secara interim terlebih dahulu bagi meneruskan projek yang sudah dirancang Ole Gunnar Solskjaer musim ini.

Walaupun spekulasi bertiup kencang menyatakan bahawa Ten Hag berminat dengan United.

Namun Ten Hag pula menyatakan dia tidak berminat berbicara soal Manchester United buat masa ini kerana dia fokus kepada Ajax sepenuhnya.

Wartawan ESPN bertanya kepada Erik Ten Hag tentang khabar angin yang mengaitkannya dengan Manchester United.

Sebaliknya pengurus Ajax itu menjawab dengan menegaskan bahawa beliau harus memberikan contoh yang baik kepada para pemain. Hal ini kerana Ten Hag sendiri mahu pemain fokus kepada Ajax.

“Saya selama ini mengharapkan pemain pemain saya kekal fokus kepada Ajax. Jadi saya harus memberikan tauladan yang sebetulnya untuk perkara itu juga.”

“Saya berada dalam senarai United bersama dengan Pochettino? Saya fokus kepada pasukan saya. Kami mahu mencapai banyak kejayaan.”

“Biar saya jelaskan macam ni, saya tidak tahu apa apa tentangnya. Saya tidak mendengar apa apa lagi pun. Jadi saya tak perlu kisah tentang perkara itu sama sekali.”

“Fokus saya hanyalah Ajax, yang lain tu hanyalah perkara yang mengganggu perhatian.”

Ditanya adakah beliau sudah memberikan jaminan bahawa beliau memang menolak Man United.

Ten Hag menjawab: “Itu soalan yang pelik, saya tak ada mendengar langsung tentang jawatan di Manchester United. Jadi saya tidak dapat memikirkan soal itu.”

Baca juga artikel

Dikaitkan Dengan Manchester United, Luis Enrique Tanya: “Hari Ini April Fool Ke?”

Sergio Aguero Bakal Umum Persaraan Kerana Masalah Jantung

United Bincang Pampasan Ole, Bakal Dipecat Selepas Aksi ‘Penkaq’ Di Vicarage Road