Erik ten Hag menjelaskan bahawa kekalahan di tangan Brentford lebih kepada kerana kesilapan daripada pemain pemainnya secara individu dan tiada kena mengena dengan taktikalnya.

Manchester United sekali lagi tewas dalam aksi EPL musim ini selepas aksi pra musim yang sangat mengujakan. Erik Ten Hag kini masih belum merasai kemenangan atau meraih sebarang mata dalam permulaan kariernya di EPL.

Manchester United sebelum ini tewas di tangah Brighton. Dan kemudian dibelasah oleh Brentford dalam perlawanan kedua.

David De Gea sekali lagi menunjukkan bahawa dia kurang selesa dengan sistem yang menuntutnya bermain dengan corak ball playing.

Penjaga gol itu melakukan kesilapan pada gol pertama, dan kemudian melakukan hantaran tidak sepatutnya pada gol kedua.

De Gea sendiri menyatakan bahawa dia adalah punca kepada kekalahan Man United. Ini kerana dia gagal bertindak lebih baik dalam 2 gol pertama Brentford.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Erik Ten Hag berkata:

“Dia tidak perlu melepaskan bola itu di sana kerana kami ada memberikan opsyen lain dan pemain perlu memilih.”

“Kami seolah olah berkata berkata ‘jemput mereka dan bermain lebih lama’.”

Ten Hag bagaimanapun yakin bahawa penjaga gol itu boleh bermain dengan sistem ball playing.

“Saya yakin dia boleh melakukannya. Dia sudah menunjukkannya dalam latihan dan dalam perlawanan pertama bahawa dia boleh melakukannya.”

Ten Hag menasihati para pemainnya bahawa, tidak sepanjang masa mereka harus bermain hantaran rendah dengan binaan dari bawah. Ianya harus sesuai dengan keadaan. Jika mereka ditekan seperti ketika gol kedua, pemain harus segera membuat keputusan untuk keluar daripada ancaman.

“Saya tidak mahu pasukan kami bermain dari belakang apabila ia adalah keadaan yang tidak mungkin. Kami bermain dengan cara yang naif pada hari ini.”

“Kami harus belajar dan jelas sekali kami tak bagus [hari ini].”

“Jelas sekali pada tahap ini, itu bukan standard yang kami mahu tunjukkan.”

Ten Hag seterusnya menganggap pemainnya sudah mengikut arahannya namun membuat terlalu banyak kesilapan ketika membuat keputusan di atas padang.

“Saya rasa mereka mengikut arahan taktikal saya. Cuma mereka membuat keputusan keputusan yang teruk.”

“Itulah bola sepak, ini adalah permainan yang berkaitan kesilapan, dan kami telah dihukum.”

“Mereka semua pemain saya, dan kami bersama sama. Kami berada dalam sitasi yang sangat sukar.”

Geram dengan prestasi individu pemainnya yang tidak memuaskan Ten Hag segera mengeluarkan 3 pemain sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung.

Namun pengurus itu menyatakan bukan 3 pemain itu sahaja yang bergelut dengan prestasi mereka di atas padang, sebaliknya, kalau boleh dia nak menukar kesemua 11 pemainnya sekalipun.

“Saya telah menukar tiga pemain, kalau boleh, mahu sahaja saya menukar semuanya,” katanya lagi yang tak berpuas hati dengan prestasi pemain pemainnya.

“Kami mahu membawa sedikit tenaga segar ke dalam permainan, pertukaran itu bukan khususnya untuk mereka yang telah dikeluarkan kerana saya rasa itu tidak jujur ​​kepada mereka.”