Erik Ten Hag dan pemain pemain Manchester United yang lain benar benar kecewa dengan Cristiano Ronaldo.

Ini selepas penyerang sensasi tersebut membuat wawancara kontroversi mengutuk kelab tersebut dan Erik Ten Hag.

Cristiano hadir dalam sesi bual bicara tanpa berlapik dengan Piers Morgan. Dan dia telah mejelaskan bahawa dia tidak gembira di Manchester United.

Ronaldo mendedahkan bahawa Manchester United mengkhianatinya kerana ada beberapa orang di kelab itu yang mahu melihatkan berambus.

Seterusnya Ronaldo turut menganggap Manchester United tidak ada kemajuan sejak ditinggalkan oleh Sir Alex Ferguson.

Menjelaskan tentang hubungannya dengan Erik Ten Hag, Ronaldo berkata dia sudah hilang rasa hormat dengan pengurus itu kerana Ten Hag tak menghormatinya terlebih dahulu.

Pelbagai lagi kenyataan pedas dilemparkan Ronaldo pada hari Erik Ten Hag dan rakan rakannya yang lain bertungkus lumus menyelamatkan 3 mata dari Craven Cottage.

Wartawan Sky Sports, Kaveh Solhekol melaporkan bahawa Erik Ten Hag benar benar kecewa dengan Ronaldo. Begitu juga pemain pemain lain.

Mereka bengang dengan sikap Ronaldo di dalam wawancara tersebut.

Kaveh dalam laporannya menulis: “Pada Khamis, Ronaldo diberitahu bahawa dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama menentang Fulham namun dia akan berada dalam skuad.”

“Dia kemudian memberitahu kelab bahawa dia sakit. Tiada seorang di Manchester United yang pernah menunjukkan rasa tidak menghormati Cristiano Ronaldo – walaupun selepas dia pernah meminta untuk dilepaskan [pada pra musim lalu] dan juga selepas insiden di Spurs ketika dia menolak untuk masuk sebagai pemain gantian.”

“Manchester United kemungkinan akan mempertimbangkan pilihan yang mereka ada berkaitan situasi Ronaldo.”

“Kelab benar benar kecewa Ronaldo sanggup menunjukkan sikap biadap terhadap kelab, pengurus dan rakan sepasukannya dengan cara sebegini.”

“Erik Ten Hag dan pemain pemain Manchester United [yang lain] benar benar kecewa dengan masa dan cara wawancara Cristiano Ronaldo itu.”

“Kelab hanya mendapat tahu tentang wawancara itu ketika mereka bersiap sedia untuk terbang pulang ke Manchester dari London pada malam selepas tamat aksi menentang Fulham.”