Axello

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag jelas tidak gembira dengan kelakuan Ronaldo dan beberapa pemain lain yang meninggalkan stadium sebelum perlawanan tamat.

Ten Hag jelas sekali menafikan bahawa dia memberikan pelepasan khas kepada Cristiano Ronaldo untuk balik lebih awal sebelum perlawanan tamat.

Tular gambar Ronaldo dan Dalot berada di luar perkarangan stadium ketika aksi antara Manchester United dan Rayo Vallecano masih berjalan di dalam stadium.

Sebelum ini ada peminat yang menyatakan bahawa Erik Ten Hag dan kelab telah meminta Ronaldo bersama sama pemain di coporate box untuk keluar lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Malangnya situasi tidak begitu. Ten Hag menegaskan bahawa tindakan seperti itu tak boleh diterima sama sekali. Kerana setiap pemain harus berada dalam pasukan sehingga tugasan perlawanan tamat.

Ten Hag memberitahu media Belanda AD dan Viaplay: “Saya pastinya tidak membenarkan perkara ini. Ini tidak boleh diterima. Untuk semua orang. Kami adalah satu pasukan dan anda perlu kekal sehingga tamat.”

Walaupun tidak memetik nama Ronaldo dan Dalot secara spesifik, namun sudah pastinya Ten Hag turut memberikan amaran kepada semua pemain yang balik awal meninggalkan pasukan pada hari itu.

Selain Ronaldo dan Dalot pemain yang berada di kamar koporat seperti David De Gea, Bruno Fernandes dan Martial yang juga dikatakan balik awal.

Erik Ten Hag dikenali dengan ketegasannya dalam mengendalikan disiplin pemain.

Gary Neville kemudian menyatakan bahawa Manchester United dan Ronaldo harus mencari penyelesaian secara agar pemain itu boleh pergi dalam jendela perpindahan kali ini.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group