Berita baik untuk para penyokong skuad Harimau Malaya yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Indonesia esok, pihak Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit mengumumkan tempoh operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga pukul 1.00 pagi.

Menurut kenyataan rasmi di laman facebook Rapid KL,  perkhidmatan tiga laluan bas Rapid KL turut dilanjutkan membabitkan laluan dari stesen LRT Awan Besar ke Batu 3 Jln Klang Lama, TPM via stesen LRT Bukit Jalil serta (T582) LRT Salak Selatan via Bukit Jalil.

Bagaimanapun, stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Rapid KL menyarankan warga kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan jalan raya serta membeli token perjalanan lebih awal untuk memudahkan kelancaran perjalanan.

Bagi pemandu jalan raya yang ingin ke perlawanan itu boleh meletakkan kenderaan di stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan parkir antaranya stesen LRT Muhibbah, stesen LRT Awan Besar dan stesen LRT Sri Petaling,” kata kenyataan itu.

Dijangka 80,000 penyokong bola sepak tempatan termasuk penyokong Indonesia akan membanjiri perkarangan stadium pada hari perlawanan. Kebanyakan mereka akan hadir dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Oleh sebab itu, tempoh operasi stesen LRT dilanjutkan masa bagi memastikan kelancaran penyokong untuk pulang ke rumah masing-masing selepas tamat perlawanan.

Malaysia kini berada pada kedudukan keempat dengan 6 mata selepas menewaskan Thailand, 2-1 semalam manakala Indonesia masih belum raih sebarang mata apabila tewas dalam 4 perlawanan yang dilalui setakat ini.

Baca juga artikel lain berkaitan perkembangan perlawanan Malaysia menentang Indonesia esok.

FAM Larang Penyokong Malaysia Jual Tiket Kepada Penyokong Indonesia

Pesan Tan Cheng Hoe Supaya Pemain Beri Fokus 100%, Elak Gangguan Luaran Yang Mampu Jejaskan Pasukan

Pengadil Piala Dunia Dipilih Mengendalikan Perlawanan Malaysia Menentang Indonesia