Jurulatih Pasukan kebangsaan Belanda (Timnas), Frank de Boer, mengatakan bahawa dia tidak peduli dengan kekurangan masa bermain Donny van de Beek di Manchester United.

Frank De Boer mengakui bahawa dia sudah bersedia memanfaatkan potensi pemain itu ketika kembali bersama pasukan kebangsaan Belanda minggu ini.

Pemain berusia 23 tahun itu sebenarnya tiba di Old Trafford dari Ajax. Namun, jurulatih Ole Gunnar Solskjaer jarang menggunakan Van de Beek dan menjadikan pemain itu sebagai pemanas bangku simpanan.

Van de Beek hanya membuat empat permulaan dengan Man United dalam semua pertandingan musim ini atau lebih tepatnya, 74 minit sahaja.

De Boer tidak menafikan bahawa keadaan itu mengecewakan Van de Beek. Namun beliau tetap menjamin tempat pemain itu di dalam pasukan kebangsaan Belanda.

Frank de Boer bekata: “Sudah tentu saya tidak dapat memeluknya sekarang. Saya berusaha memberikannya keyakinan sebanyak mungkin, itulah yang saya lakukan, dan saya menunjukkannya ketika dia menentang Itali.”

“Saya fikir dia bermain dengan baik dalam perlawanan yang dimainkannya, saya melihatnya beberapa kali aksinya di Man United.”

“Dia melakukannya tugasannya di tengah yang hebat dengan adanya Bruno Fernandes, Pogba, Fred, McTominay dan Matic,” tambahnya.

Walaupunbagaimanapun, Frank De Boer terus berharap agar Van de Beek dapat segera menjadi pemain utama Man United di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

“Ia sukar, tetapi saya yakin dia akan bermain dalam beberapa minit. Saya dapat memahami bahawa dia ingin tampil lebih kerap, tetapi di sisi lain, adalah satu kebiasaan, di mana anda harus menyesuaikan diri ketika pergi ke liga baru.”

“Mudah-mudahan dia mendapat masa bermain lebih banyak. Saya gembira dia mendapat rehat yang cukup. Kita boleh menggunakan khidmatnya di sini.”

Baca juga perkembangan lain

Dest: Amerika Syarikat Mampu Menang Piala Dunia 2026

Thiago Silva Alami Sakit Kerana Terkejut Dengan Intensiti Dan Fizikal EPL

Risau Dengan Disiplin Greenwood, United Mahu Ubah Kluasa Dalam Tawaran Kontrak