Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi ­Persatuan ­Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menegaskan tempat Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula dalam pasukan kebangsaan belum terjamin.

Tambah Yusoff, meskipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi lampu hijau, namun Liridon dan Guilherme perlu membuktikan mereka layak untuk mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan serta layak menerima kerakyatan Malaysia.

yusoff-mahadi_1

Kata Yusoff: “Kalau kita tidak proses sekarang selepas itu hujung tahun ini jurulatih Harimau Malaya (Tan Cheng Hoe) tengok mereka berdua boleh bermain dan masa itu juga baru kita nak hantar dokumentasi, ia akan makan masa berbulan nak lulus. Kita tak boleh pakai mereka untuk tahun depan.

“Jadi, kita mohon kerakyatan untuk mereka terlebih dahulu sebab prosesnya mengambil masa lama tetapi akhirnya kita akan tengok kemampuan mereka. Kalau KDN lulus tetapi tahap kecergasan mereka tidak di tahap terbaik, FAM sendiri tidak akan benarkan,” katanya menurut laporan Utusan.

Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: MUSA

FAM sebelum ini telah menghantar dokumen yang diperlukan bagi mendaftarkan Liridon serta Guilherme sebagai pemain tempatan sekaligus membolehkan kedua-dua pemain beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Tambah Yusoff, keputusan untuk memilih dua pemain tersebut dilakukan oleh Jawatankuasa Teknikal kerana pilihan pemain tidak ramai. Beliau turut menafikan pemilihan pemain adalah tangkap muat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Malaysia akan membuka kempen saingan peringkat kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan kedua pada 5 September ini.