Saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang berlangsung pada bulan Disember depan bakal menjadi tumpuan ribuan penyokong bola sepak daripada negara anggota Asia Tenggara. Ia ibarat kejohanan Piala Dunia versi Asia Tenggara yang sentiasa menjanjikan saingan sengit.

Setiap perlawanan pasti akan menghadirkan pelbagai kontroversi mengenai keputusan pengadil sekaligus menjadi perdebatan hangat dalam media sosial.

Namun begitu, peminat mungkin berasa sedikit kecewa apabila teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak akan digunakan dalam semua perlawanan untuk memastikan pengadil membuat keputusan yang tepat.

Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Patit Supaphong melalui kenyataan dalam Siam Sports.

“Saya boleh sahkan VAR tidak akan digunakan dalam Piala AFF tahun ini. VAR bukan alat yang boleh dipasang dan digunakan pada bila-bila masa. Kita perlukan lesen daripada FIFA sebelum menggunakan teknologi ini,” jelas Patit.

Selain itu, Patit Supaphon turut mendedahkan tidak ramai pengadil di Asia Tenggara mempunyai pengalaman mengendalikan teknologi VAR dan tuan rumah Singapura, jarang menggunakannya dalam perlawanan domestik.

“Jika mahu VAR, pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk kos logistik. Di Asia Tenggara, tidak ramai pengadil dilatih untuk menggunakan teknologi ini. Oleh itu, Singapura tidak akan menggunakan VAR dalam Piala AFF yang berlangsung pada bulan depan,” jelasnya.

Di Asia Tenggara, hanya Liga Thailand sahaja menggunakan teknologi VAR dalam semua perlawanan Thai League 1 manakala Vietnam hanya menggunakan teknologi tersebut dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium My Dinh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Kenali Warrix “Asean Pulse”, Bola Rasmi Piala Suzuki AFF 2020

Piala Suzuki AFF 2020: Shin Tae-yong Mahu Panggil Jordi Amat Dan Sandy Walsh Perkuatkan Indonesia

Piala Suzuki AFF 2020: Chanathip Songkrasin Dan Theerathon Bunmathan Kembali Sertai Skuad Thailand

Piala Suzuki AFF 2020: Hein Htet Aung Dan Aung Kaung Mann Dipanggil Sertai Skuad Myanmar

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang

Piala Suzuki AFF: Singapura Buat Persiapan Di Dubai, Atur Aksi Persahabatan Menentang Kyrgyzstan Dan Morocco

Stadium Nasional Dan Stadium Bishan Dipilih Sebagai Venue Rasmi Piala Suzuki AFF 2020