Penyerang skuad kebangsaan Thailand yang sedang mencipta nama dalam saingan J1 League, Teerasil Dangda terus mempamerkan aksi hebat ‘kaki membunuh’ pada pertemuan ke 21 liga menentang V-Varen Nagasaki.

Pemain yang masih berstatus pinjaman dari kelab gergasi Thailand SCG Muangthong United, masuk pada minit ke 60 menggantikan Daiki memerlukan hanya 22 minit aksi untuk meletakkan bola dalam gol V Varen Nagasaki.

Teerasil sehingga kini telah mempunyai 19 kali penampilan dalam saingan J1 League mgnumpul 882 minit masa bermain dengan jumlah 5 jaringan setakat ini. Berbaki 17 perlawanan sebelum tamat musim 2018, Teerasil dilihat mampu untuk menjaringkan lebih dari 10 gol berpandukan prestasi yang dipamerkan sekarang.

Selain itu, keupayaan menyesuaikan diri dengan baik dalam bola sepak Jepun ditambah dengan kemampuan menjaringkan gol, Teerasil Dangda dijangka tidak mempunyai masalah untuk menerima kontrak penuh sebagai pemain Sanfrecce Hiroshima musim 2019.

5 gol yang dijaringkan dalam saingan J1 League itu juga mengekalkan Teerasil Dangda sebagai pemain kedua paling banyak menyumbang gol kepada kelab yang berpangkalan di Hiroshima itu 10 gol dibelakang Patric, penyerang import dari Brazil.