Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda telah melengkapkan perpindahan beliau ke saingan Liga Jepun dengan menyertai Shimizu S-Pulse dimana pemain itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan untuk memperpanjang kontrak.

Perkara ini disahkan oleh kelab Teerasil sebelum ini, Muangthong United dan Shimizu sendiri telah mengadakan satu sidang media bagi memperkenalkan Teerasil kepada para peminat pada semalam. Pemain berusia 31 tahun itu bakal menyarung jersi bernombor 23 bagi saingan musim 2020.

Shimizu merupakan kelab kedua Teerasil dalam saingan Liga Jepun dimana beliau sebelum ini beraksi bersama Sanfrecce Hiroshima secara pinjaman pada musim 2018 lalu yang mana menyaksikan Sanfrecce menamatkan saingan J1 di tangga kedua.

Teerasil sendiri nyata teruja kerana dapat menyertai Shimizu dan berazam untuk membantu kelab barunya meraih kejuaraan.

“Saya sangat bangga kerana dapat menyertai Shimizu S-Pulse dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka berminat dengan khidmat saya. Saya tidak sabar untuk memulakan saingan dengan beraksi di luar Thailand. Peluang ini akan saya manfaatkan dengan baik bagi membantu Shimizu meraih kejuaraan dan meningkatkan mutu bola sepak Thailand,” kata Teerasil menurut laporan laman web rasmi Muangthong.

Teerasil Dangda menjadi pemain Thailand kelima yang beraksi di Jepun selepas Chanathip Songkrasin dan Kawin Thamsatchanan (Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) dan Tawan Khotsupho (Cerezo Osaka U23).

Baca artikel lain mengenai Teerasil Dangda di sini:

Gambar Teerasil Dangda ‘Menyelit’ Dalam Kem Latihan Pra-Musim Shimizu S Pulse, Kuatkan Hujah Perpindahan Ke Shizuoka

Kontrak Kekal 2 Tahun Dengan Shimizu S Pulse Untuk Teerasil Dangda, Pengumuman Selepas Ujian Perubatan.

Shimizu S Pulse Mula Mencari Penterjemah Bahasa Thai, Teerasil Dangda Hampir Pasti Ke J1 League

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group