Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda sah bergelar pemain BG Pathum United bagi menghadapi saingan separuh masa kedua Thai League 1 musim 2020/2021.

BG membuat satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana pemain berusia 32 tahun itu memakai jersi bernombor 28, berbeza dengan nombor ketika beliau beraksi bersama kelab Jepun, Shimizu S-Pulse iaitu 23.

Teerasil bergelut untuk mendapatkan minit bermain bersama Shimizu sejak menyertai kelab tersebut secara pinjaman dimana beliau kerap memanaskan bangku simpanan dan hanya dimasukkan pada minit-minit terakhir perlawanan.

BG Pathum memanfaatkan perkara tersebut dan seterusnya menawarkan kontrak kepada Teerasil untuk kembali beraksi di Thailand, sekaligus mengukuhkan barisan serangan kerana ketika ini mereka sedang mendahului carta Thai League 1.

Teerasil Dangda
Sumber Gambar: Asean Bola

Selain itu, kelab yang pernah diperkuatkan oleh penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha ini juga bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) tahun ini.

Sebelum mendapatkan khidmat Teerasil Dangda, BG Pathhum telah mendapatkan khidmat bekas penyerang Buriram United dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Sukan Berkumpulan Tidak Dibenarkan Ketika PKP, Persiapan Pasukan Liga Malaysia Terjejas?

Bojan Hodak Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Kuala Lumpur United

Ejen Dedahkan Bahawa SC Braga Dan Dynamo Moscow Mahu Dapatkan Khidmat Dang Van Lam