Penyerang yang kni berusia 33 tahun, Teerasil Dangda hanya memerlukan 3 jaringan sahaja lagi untuk memecahkan rekod Noh Alam Shah dan memegang status sebagai AFF Suzuki Cup ‘All Time Top Scorer‘.

Sejak edisi pertama diperkenalkan pada edisi 1996 yang dikenali sebagai Piala Tiger, Noh Alam Shah telah berjaya memegang status tersebut dengan 17 gol dijaringkan secara keseluruhan.

Dikedudukan ke-2 pula, pada ketika ini ada 3 pemain yang merekodkan 15 jaringkan sepanjang karier mereka dalam kejohanan AFF Suzuki Cup ini iaitu Le Cong Vinh, Worrawoot Srimaka dan Teerasil Dangda.

Dari 3 pemain itu, hanya Teerasil Dangda yang masih aktif beraksi diperingkat antarabangsa bersama pasukan kebangsaan dan ini adalah peluang besar untuk Teerasil memecahkan rekod itu atau sekurang-kurangnya menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Noh Alam Shah.

“Saya adalah seorang penyerang dan akan cuba menjaringkan gol setiap kali saya berpeluang diatas padang.”

“Tugas kami adalah untuk membantu pasukan menang setiap perlawanan. Kalau boleh memecahkan rekod, lebih bagus. Tetapi saya tidak memberikan fokus kepada perkara itu.”

Berdasarkan rekod beliau diperingkat kejohanan AFF Suzuki ini, gol pertamanya hadir ketika berdepan Malaysia pada edisi 2008 dimana pasukan Malaysia tewas 0-3 kepada Thailand. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Surakul, Phuket itu Teerasil Dangda meledak 2 gol yang dikawal oleh Syed Adney.

Untuk edisi 2020 ini, pengurus pasukan Thailand menawarkan bonus RM2.5 juta jika pasukan Thailand mampu merangkul kejuaraan yang kali terakhir mereka miliki pada edisi 2016.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta

Jurulatih Vietnam Dedahkan Pemain ‘Naik Muak’ Makan Ayam Dan Ikan, Mahu Daging Babi Dalam Menu Harian

Pengurus Skuad Thailand Tenang ‘Tabur’ Bonus RM2.5 Juta Jika Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020

Sumber