Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda mencipta sejarah dalam saingan Liga Jepun apabila menjadi pemain Thailand pertama yang menjaringkan gol bersama dua kelab berbeza pada perlawanan pembukaan saingan J1 League.

Teerasil menjaringkan satu gol pada penampilan kompetitif pertama beliau bersama Shimizu ketika berdepan FC Tokyo minggu lalu. Namun, Shimizu terpaksa akur dimana mereka tewas dengan keputusan 3-1.

Dua tahun lalu, ketika beraksi bersama Sanfrecce Hiroshima, Teerasil turut menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan saingan J1 League 2018 dimana ketika itu Sanfrecce berdepan dengan Hokkaido Consadole Sapporo yang turut dibarisi oleh rakan sepasukan di Thailand, Chanathip Songkrasin.

Teerasil membuat satu jaringan menerusi tandukan pada minit ke-28 sekaligus memberikan kemenangan kepada Sanfrecce ketika itu.

Jaringan
Sumber Gambar: Gettey Images

Thailand mempunyai empat wakil dalam saingan J1 League musim ini. Empat pemain tersebut ialah Teerasil Dangda (Shimizu S-Pulse), Chanathip Songkrasin dan Kawin Thamsatchanan (Consadole Sapporo) serta Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos).

Pada perlawanan seterusnya, Shimizu akan turun berdepan Nagoya Grampus dalam saingan J. League Cup.

Baca artikel lain mengenai Teerasil Dangda di sini:

J1 League: Tiga Pemain Thailand Mulakan Saingan Dengan Kekalahan

Teerasil Dangda Sarung Jersi Bernombor 23 Bersama Shimizu S-Pulse

RASMI: Teerasil Dangda Sah Menyertai Shimizu S Pulse, Pemain Ke-3 Thailand Dalam J1 League 2020