Penyerang lagenda Thailand, Teerasil Dangda yang dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan Thailand selepas diketepikan oleh Akira Nishino dalam perlawanan yang lalu membuktikan beliau masih mempunyai naluri penjaring gol.

Teerasil Dangda membuka jaringan pada minit ke 28 apabila umpanan silang dari sebelah kanan gol UAE oleh pemain muda yang sedang meningkat naik, Ekanit Panya disambut dengan tandukan kencang kedalam gol bagi membolehkan Thailand mendahului UAE 1-0.

Minit ke 36, Teerasil nyaris menjaringkan gol kedua apabila bola tandukan tipis beliau hasil sepakan bebas Theerathon Bunmathan dari sebelah kiri kawasan UAE terkena palang dan gagal disambut oleh rakan sepasukan yang lain.

72724827_2728314033899952_3775508108403539968_o

Kesebelasan utama pasukan Thailand bertemu UAE.

Pada minit-minit akhir separuh masa pertama, penyerang tersohor serta pemegang status penjaring terbanyak pasukan UAE sepanjang zaman Ali Makhbout menyamakan kedudukan hasil hantaran silang dari sebelah kanan gol Thailand. Free header beliau gagal diselamatkan oleh Kawin Thamsatchanan bagi menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Gol Ekanit Panya Bukti Beliau Bersedia

5 minit separuh masa kedua bermula, pemain muda Thailand yang berusia 19 tahun Ekanit Panya menjaringkan gol untuk membolehkan Thailand kembali mendahului UAE dengan 2-1.

73047029_2728353273896028_5053679771418886144_n

Dengan kemenangan ini juga membolehkan Thailand dan Vietnam berkongsi 7 mata selepas 3 perlawanan. Thailand menerajui kedudukan kumpulan G selepas berjaya mengatasi Vietnam hasil kelebihan perbezaan gol yang lebih banyak.

Thailand seterusnya akan bertandang ke Malaysia pada 14 November 2019 untuk perlawanan ke 4 dalam kumpulan G sebelum terbang ke Hanoi untuk perlawanan ke 5 bertemu Vietnam pada 19 November.

Baca juga artikel lain yang padu mengenai bola sepak Thailand yang jarang ditulis oleh media Malaysia.

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Tan Cheng Hoe Terbang Ke Bangkok Intip Kekuatan Thailand

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group