Presiden La Liga, Javier Tebas, mengakui bahawa dia sebenarnya sangat bimbang Lionel Messi akan meninggalkan Barcelona.

Namun, dia kini lega kerana Messi akhirnya memutuskan untuk terus kekal di Barca sekurang kurangnya hingga akhir musim ini.

Kapten pasukan kebangsaan Argentina itu sebelum ini memutuskan untuk meminta pelepasan meninggalkan Barcelona musim panas ini.

Messi menyatakan ada banyak perkara yang membuatkannya bercelaru dan mahu pindah pada ketika itu. Namun beliau akhirnya memutuskan untuk kekal selepas melihat isteri dan anaknya sangat sedih ketika beliau memberitahu niatnya untuk pergi.

Ada beberapa kelab dilaporkan berminat untuk mendapatkan tandatangan Lionel Messi, bermula dari Paris Saint-Germain, Manchester United, hingga Manchester City.

Walau bagaimanapun, dari ketiga kelab tersebut, City dianggap pilihan untuk memburu Lionel Messi berdasarkan hubungan erat Messi dan Guardiola.

skysports-lionel-messi_5070050

Messi menghantar satu faks kepada Barcelona pada akhir Ogos lalu untuk meminta pergi secara percuma dengan mengaktifkan satu klausa khas.

Namun Barca berkeras tidak mahu menerimanya dan menyatakan klausa itu tak sah dan melepasi tarikh akhir 10 Jun.

Barca menyatakan Messi hanya akan pergi dengan bayaran EUR700 juta seperti mana termaktub dalam klausa pelepasan beliau.

Messi awalnya mahu mencabar keputusan itu di mahkamah, dan akhirnya memutuskan untuk tidak berbuat demikian dan kekal di Barca.

Messi kekal, Tebas gembira

Pemain berusia 33 tahun itu menyatakan dia akan menghormati kontraknya dengan Barcelona yang berakhir pada 30 Jun 2021.

Messi kembali semula ke pusat latihan Barca selepas beberapa kali ponteng.

Javier Tebas mengakui bahawa dia gembira kerana Lionel Messi tidak meninggalkan Barca.

Namun, Tebas tetap yakin bahawa prestij La Liga tidak akan hilang popularitinya walaupun Messi meninggalkan Sepanyol.

“Saya bimbang Lionel Messi meninggalkan Barcelona, ​​tetapi ini bukanlah perkara yang sangat serius.”

“Tentu saja kami mahu Messi tetap kekal bersama kami, kerana seperti yang selalu saya katakan, dia adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak,” kata Javier Tebas semasa acara La Liga Kick-off.

“Sebagai presiden La Liga, saya benar-benar ingin Messi menamatkan kariernya dalam liga ini,” tambah beliau lagi.

tebas messi

“Kami telah bekerja selama bertahun-tahun untuk mengembangkan La Liga sebagai institusi untuk menjadi sebuah jenama yang kuat, dan sudah pastinya ia juga melibatkan pemain secara individu dan kelab.”

Tebas kemudian menafikan bahawa sebelum ini beliau tidak berpuas hati dengan tindakan Messi yang mahu meninggalkan Barcelona dan La Liga.

“Saya tidak ada perang dengan Messi. Saya ada perasaan istimewa ke atas Leo, saya sukakan dia.”

“Tetapi kami gembira bahawa Messi akan tetap bersama kami untuk musim berikutnya.” kata Tebas.

Sebelum ini Tebas pernah menyatakan ketiadaan Ronaldo tidak memberikan kesan kepada La Liga. Ketika pemain itu pergi ke Real Madrid.

Beberapa tahun lalu, Tebas pernah berusaha menghalang Neymar daripada pergi ke PSG dan mengancam PSG akan terkena salah laku FFP jika membayar klausa pelepasan Neymar sebanyak EUR222 juta.

Namun selepas Neymar pergi, Tebas menegaskan La Liga tidak akan hilang serinya tanpa Neymar.

Musim lalu, Tebas turut meminta UEFA turut membuka siasatan sekali lagi ke atas PSG sebagaimana mereka lakukan ke atas City. Ini kerana Tebas masih tak berpuas hati.

Baca juga perkembangan lain

Bagaimana Sofia Balbi Menyebabkan Juventus Sudi Membayar Suarez RM49.2 Juta Semusim

RASMI: James Rodriguez Perkuatkan Everton

RASMI: Kai Havertz Milik Chelsea, Perubahan Sistem Dijangka Berlaku