Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) secara rasmi telah mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bawah 20 tahun yang dikenali sebagai FAM-MSN.

Majlis pengumuman skuad telah disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dia Arena Futsal FAM sebentar tadi.

Sebagai perintis projek tersebut, seramai 30 pemain terdiri daripada lepasan AMD, Piala Belia, Piala Presiden serta Sekolah Sukan Malaysia & Negeri Pusat Latihan Daerah di bawah NFDP bermula Januari 2021.

Bekas jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah pula dilantik sebagai ketua jurulatih skuad FAM-MSN ini dan semua pemain yang terpilih akan menjalani latihan di MSN selain diberikan elaun, penginapan, makanan, sokongan perubatan serta peluang melanjutkan pengajian di universiti.

Sebanyak 6 sesi pemilihan akan dilakukan diseluruh negara berpusat di 5 zon yang telah ditetapkan serta 1 sesi pemilihan terakhir bermula 11 Disember 2020 sehingga 9 Januari 2021.

5 zon pemilihan tersebut adalah;

AMD: 11-12 Disember 2020, Gambang, Pahang.
Zon Pantai Timur: 13-14 Disember 2020, Kuala Terengganu.
Zon Selatan: 15-16 Disember 2020, Melaka.
Zon Tengah: 18-19 Disember 2020, Bukit Jalil.
Zon Utara: 21-22 Disember 2020, Alor Setar.

Projek ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha FAM dan MSN untuk membuka jalan kepada karier pemain-pemain NFDP ini dalam bola sepak.

Maklumat lanjut mengenai skuad FAM-MSN ini akan dikemaskini lagi dari semasa ke semasa.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

TMJ Beri Bayangan Bola Sepak Akan Kembali, Kehadiran Penonton 10% Dari Kapasiti Stadium

RASMI: Terengganu FC Umumkan Ketibaan Nik Akif Syahiran, ‘Modern Football’ Nafuzi Zain Sesuai Dengan Gaya Permainan

Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike