Dalam sesi pertama bersama media hari ini, ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa kemasukan pemain-pemain seperti Liridon Krasniqi, Junior Eldstal Dan Guilherme de Paula bakal memberikan kekuatan tambahan dari sudut fizikal pasukan.

Malaysia akan berdepan pasukan UAE dalam perlawanan ke-6 pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pastinya UAE akan memberikan cabaran hebat dari sudut fizikal untuk tidak dimalukan ditempat sendiri.

“Dari sudut fizikal, kita telah menambah kekuatan dengan kemasukan pemain seperti Liridon Krasniqi, Junior Eldstal serta Guilherme de Paula.”, jelas Tan Cheng Hoe.

“Namun, bola sepak bukan sahaja dimainkan menggunakan (kekuatan) fizikal sahaja, tetapi turut memerlukan kemahiran teknikal. Saya berharap, kita akan dapat mencabar mereka (UAE).”

“Kita tahu UAE adalah sebuah pasukan yang melakukan persiapan rapi. Kali ini saya melihat pasukan UAE melakukan persiapan dengan lebih baik dan serius.”

“Walau bagaimanapun, ia bukan alasan untuk kami. Kita perlu pergi dan memberikan fokus dalam setiap perlawanan. Itu adalah 3 perlawanan yang paling penting untuk kami.”

Isu Penarikan Diri Pasukan DPR Korea Beri Kesan Kepada Pasukan

Selepas pengumuman rasmi dari AFC awal hari ini, Tan Cheng Hoe memberikan ulasan berkaitan isu tersebut dimana sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pasukan Malaysia.

“Buat masa sekarang kita perlu fokus kepada perlawanan yang akan kita hadapi nanti. Kita juga perlu menanti apakah keputusan yang akan dibuat oleh AFC.”

“Penarikan diri pasukan DPR Korea pastinya akan memberikan kesan kepada pasukan kita dari sudut keyakinan dan mental, tetapi ketika ini fokus kami adalah untuk perlawanan akan datang.”

Berdasarkan sesi bersama media itu juga, seramai 20 orang pemain sudah melaporkan diri ke kem latihan yang bermula hari ini. 4 pemain akan terbang terus ke Dubai manakala Syahmi Safari dijangka akan menyertai kem latihan mulai esok selepas menyelesaikan urusan peribadi beliau hari ini.

Teruskan membaca artikel-artikel yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

RASMI: AFC Sahkan DPR Korea Menarik Diri, ‘Menyusahkan’ Pasukan Lain Harungi Pusingan Kelayakan

FIFA Luluskan Geran Bantuan ‘FIFA Fund for Football Players’ Untuk 147 Pemain Di Malaysia Bernilai RM1.88 juta

TERKINI: Cerezo Osaka ‘Lepaskan’ Dang Van Lam Untuk Bersama Skuad Vietnam, Terbang Terus Ke UAE