Dalam satu temu bual yang dibuat oleh Football Nation Radio (FNR) bersama pemain pertahanan Selangor FA, Taylor Regan menyatakan bahawa sebelum tiba di Malaysia telah membayar ‘release clause’ untuk keluar dari Adelaide untuk ke Malaysia dan beliau tidak menyesal dengan perkara itu.

“Kami sekeluarga sangat suka dengan keadaan disini.

“Selangor adalah sebuah pasukan yang besar. Pasukan yang menerima sokongan baik. Kami beraksi dalam stadium berkapasiti 90,000 orang. Ketika ini kami tidak mendekati angka itu tetapi sekitar 50,000 penyokong akan ada dalam separuh akhir nanti.

taylor regan

Taylor Regan bersama penyokong Selangor FA ketika bertemu pasukan Felda United FC.

“Pasukan ini baru sahaja diambil alih oleh pengurusan baharu yang sangat refreshing. Mereka sangat profesional. Saya mahu mengangkat sebuah trofi untuk mereka untuk menjadikannya lebih istimewa.

Kualiti Bola Sepak Liga Malaysia Berbanding A-League

Taylor Regan apabila diajukan soalan berkaitan kualiti diantara A-League dan juga Liga Malaysia, beliau menjelaskan bahawa perkara ini lebih terarah kepada faktor cuaca berbanding kualiti pemain itu sendiri.

“Satu perkara tentang Malaysia adalah padang tidak cukup bagus. Tidak mudah untuk bermain bola sepak seperti yang kita biasa lihat dari sesetengah pasukan di A-League atau pun eropah.

“Kadang-kadang hujan akan turun selama 4 jam sebelum sepak mula, dengan rumput jenis ‘cow grass’ dan ada air bertakung sedalam 1 inci diatas padang. Jadi, secara tiba-tiba ia bertukar dari satu perlawanan bola sepak kepada satu pertempuran. Tetapi, pemain-pemain tempatan sangat berbakat.

Ramai Terkejut Dengan Peningkatan Taylor Regan

Menurut temu bual itu juga, Taylor Regan menyatakan bahawa kekuatan liga Malaysia yang unik ini juga membolehkan peranan beliau sebagai pemain di Malaysia lebih mencabar berbanding di tanahair sendiri.

4336722-3×2-940×627

Taylor Regan ketika beraksi bersama Newcastle Jets.

“Ketika keluar dari Newcastle (Newcastle Jets), menuju ke Malaysia (Negeri Sembilan FA) dan kembali ke Adelaide (Adelaide United), ramai orang terkejut bagaimana prestasi saya sebagai pemain telah meningkat.

“Setiap perlawanan, saya perlu ‘marking’ penyerang import yang menerima bayaran yang jauh lebih tinggi berbanding apa yang diterima oleh pemain dalam saingan A-League.

“Penyerang dari Johor (JDT) bernilai lebih dari USD1.4 juta (RM5.86 juta). Dia bermain di ‘top level’ saingan eropah, serta di Brazil.

“Orang akan masih memandang rendah Liga Malaysia, tetapi bagi saya secara peribadi dia jauh lebih mencabar dari majoriti penyerang dalam saingan A-League.

Penyerang JDT tersebut adalah Diogo Luís Santo yang pernah menarik minat Chelsea dan Liverpool ketika beraksi untuk Olympiacos. Ketika beraksi dengan Buriram United, Diogo menjaringkan 101 gol dari 105 penampilan sebelum menyertai JDT pada bulan Januari.

‘Market’ Saya Adalah Asia Tenggara, Bukan China, Jepun Atau Korea Selatan

Sekembalinya Taylor Regan ke Australia bersama Adelaide United, aksi cemerlang beliau dalam beberapa perlawanan  AFC Champions League membolehkan beliau ditawarkan kontrak 2 tahun.

“Klausa untuk saya meninggalkan kelab adalah atas pertimbangan pengurusan kelab – saya fikir sekitar AUD200,000 hingga AUD300,000.

b88591674z1_20170216145603_000g7ugs6qf2-0-z94kebx0vlbty9z3rn2_t1880

Aksi Taylor Regan ketika menyarung jersi Adelaide United.

“Secara realistik, saya berusia 30 tahun dan saya bukan Trent Sainsbury atau Matt Spiranoviv – tiada kelab akan bayar AUD300,000 untuk Taylor Regan.

“Saya lakukan rundingan sendiri dan berkata saya baru kekal di Adelaide, tetapi mahu yuran perpindahan saya cukup rendah kerana pasaran saya bukan China, Jepun atau Timur Tengah, pasaran saya adalah Asia Tenggara dan mereka tidak membayar yuran perpindahan.

Kelab Adelaide United akhirnya bersetuju untuk meletakkan yuran perpindahan Taylor Regan sebanyak AUD50,000.

Aksi Bertemu Brisbane Roars Nyaris Tutup Peluang Bersama Selangor

Taylor Regan turut menceritakan bahawa Selangor mula mengetuk pintu ketika beliau turun beraksi menentang Wellington dan berjaya menang dengan keputusan 3-1.

Selangor membuat panggilan dan memberitahu;

“Bagus, kami betul-betul mahu anda. Main dengan baik dalam perlawanan seterusnya dengan baik, kami akan pastikan semua bos-bos tengok dan kontrak akan disediakan secepat mungkin.

17c998b3b017b6942e72f20ee9bae367

Dalam perlawanan seterusnya bertemu Brisbane Roars, Taylor Regan bagaikan dirasuk untuk melakukan sesuatu kepada Stefan Mauk dan menerima kad merah.

“Selangor memberitahu saya gila dan tidak akan menandatangani saya!

“Mereka mempunyai beberapa pemain hadir ke sesi pemilhan; pertahanan Korea Selatan, Jepun kerana perlu mengisi kuota pemain Asia dalam pasukan, tetapi tiada yang menonjol.

Selangor telah menelefon kembali Taylor Regan dan memberikan 1 lagi peluang untuknya mempamerkan aksi. Seterusnya beliau berdepan Newcastle Jets dan berjaya menang 2-1. Done deal!

“Saya cuba keluar dari Adelaide baik, dimana kelab akan melepaskan saya secara percuma kerana saya hanyalah pemain back up kepada Jordan Elsey dan Michael Jakobsen ketika itu.

“Tetapi mengikut kontrak, saya perlu membayar AUD50,000. Saya membayar klausa itu menggunakan duit sendiri untuk merebut peluang bermain bola sepak.

Jika Tidak Beraksi Dengan Baik, Jangan Buka Sosial Media

Dengan ketinggian lebih dari 6 kaki, botak, tatu dan paruh penuh dimuka, Taylor Regan mula mendapat tempat dimata penyokong Selangor.

“Ketika berjalan dalam shopping mall, ramai orang akan berlari datang untuk bergambar!”, katanya sambil ketawa.

71961811_3065235686882235_7431798962736070656_n

Taylor Regan ketika menjadi kapten pasukan bertemu Perak di suku akhir Piala Malaysia 2019

“Tetapi penyokong Selangor benar-benar baik dengan saya. Mereka sangat vokal, dan sosial media memainkan peranan besar. Jika tidak beraksi dengan bagus, lebih baik untuk tidak masuk ke sosial media pada hari tersebut…

“Saya sungguh bernasib baik untuk memakai lilitan kapten pasukan musim ini, yang merupakan penghormatan bagi saya – dan membantu untuk lebih rapat dengan penyokong.

“Kontrak saya akan tamat pada hujung bulan November, tapi akan berada lebih lama. Ia masih belum diumumkan dan dimuktamadkan lagi, tetapi saya akan berada di Malaysia untuk 2020.

Tiada Yang Mustahil Dalam Separuh Akhir Piala Malaysia

Walaupun mempamerkan prestasi yang baik dalam aksi terkini, Taylor Regan cuku jelas dengan cabaran yang akan diterima dari pasukan Johor Darul Ta’zim bagi saingan separuh akhir nanti.

“Mereka sangat luar biasa. Mereka mempunyai Putera Raja (TMJ) yang memiliki kelab dan membantu kelab untuk berada ditahap ini.

e6e264bd5ff183b8e011920199438fb6

Diogo Luis Santo

“Mereka menerima bonus yang besar. Tahun ini mereka sangat kompetitif dalam saingan AFC Champions League, walaupun berada dalam kumpulan yang kuat.

“Kami telah bertemu mereka 2 kali musim ini dan tewas kedua-dua perlawanan. Kali terakhir kami tewas 3-2 dan ia cukup sukar. Keseluruhan pasukan (JDT) adalah pemain kebangsaan dan pemain import mereka cukup berkualiti.

“Pemain pertahanan tengah mereka datang terus dari Lazio, penyerang mereka pernah beraksi untuk Flamengo dan Santos serta beberapa pemain dari Argentina.

“Namun ini adalah bola sepak, ini separuh akhir dan tiada yang mustahil.

Selangor akan berdepan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 pada 20 Oktober 2019.

Baca juga artikel padu lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak sejati.

PKNS FC Jadi ‘Feeder Club’ Kepada Selangor

B.Satianathan Seru Penyokong Selangor Untuk Penuhi Stadium Shah Alam

Antonio German: Perbezaan Warna Kulit Memaksa Saya Tinggalkan Selangor

1 KOMEN

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group