Skuad Gergasi Merah bakal dibarisi oleh pemain import baharu musim depan apabila dua daripadanya sudah pun mengucapkan selamat tinggal melalui media sosial selepas kontrak mereka disahkan tidak disambung.

Dua pemain tersebut ialah pemain pertahanan dari Australia, Taylor Regan dan penyerang dari Sepanyol, Rufino Segovia.

“Terima kasih Selangor. 2 tahun yang menakjubkan. Satu penghormatan dapat menjadi kapten dan bermain di hadapan ribuan penyokong setia pada setiap perlawanan. Rakan sepasukan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga saya selamanya.

“Saya selalu berusaha dengan bersungguh-sungguh setiap hari untuk membuat anda bangga walaupun di tahap tinggi dan rendah, saya memberikan yang terbaik. Selangor anda akan sentiasa mendapat tempat di hati saya dan saya doakan yang terbaik untuk anda semua,” tulis Taylor melalui laman instagramnya.

“Saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada semua. 4 musim yang terbaik dalam hidup saya. Sebuah kelab dan penyokong terbaik yang selalu saya impikan. Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan bagi saya, tetapi saya bersyukur kerana sepanjang hidup, saya dapat bermain untuk Selangor.

“Saya berharap dapat kembali suatu hari nanti sebagai Jurulatih. Saya akan selalu menyokong anda dan selalu ingat kepada anda,” tulis Rufino Segovia.

Difahamkan selain dua pemain tersebut, kontrak dua lagi pemain import iaitu Sandro Mendonca dan Ifedayo Olusegun belum pasti disambungkan kerana mereka masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan.

Hanya pemain import Singapura iaitu Safuwan Baharudin sahaja yang ditawarkan kontrak lanjutan walaupun beliau dikatakan turut mendapat tawaran daripada sebuah kelab dari eropah.

Selangor dilihat sedang melakukan ‘pembersihan’ semula untuk membentuk barisan yang lebih mantap pada musim depan. Mereka akan dikendalikan oleh seorang jurulatih baharu dari Jerman bagi menggantikan tempat B. Satiananthan yang ditamatkan kontrak pada bulan lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Camilo Sanvezzo Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Mazatlán, Status Perpindahan Ke JDT Jadi Tanda Tanya

Cadangan Pasukan ‘Graduan’ AMD Dalam Liga Premier, Platform Terbaik Maksimakan Bakat Muda Elit?

Ismail Sabri Jelaskan Sebab Kenapa Hiburan Dibenarkan Tetapi Piala Malaysia Tak Boleh