Perjumpaan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal nyata membuahkan hasil bagi Khalid Jamlus apabila beliau mendapat tawaran sebagai jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Akan tetapi, tawaran yang diberikan kepada Khalid nyata menuai kritikan daripada pelbagai pihak khususnya di laman media sosial yang mana rata-rata mengatakan bekas pemain skuad kebangsaan itu tidak layak untuk diberikan tugas tersebut.

Pengurus besar salah satu akademi ternama di Lembah Klang, Little League Soccer iaitu Shazwan Wong menyatakan posisi jurulatih AMD merupakan satu perkara yang serius.

Tambah Shazwan, tawaran yang diberikan turut dilihat sebagai meremehkan segala usaha jurulatih yang sudah berada di AMD sejak hari pertama.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar pula berpendapat tugas sebagai jurulatih di peringkat akar umbi bagi kumpulan pemain elit adalah bukan satu tugas yang biasa.

Khalid sendiri masih belum memutuskan sama ada beliau menerima tawaran tersebut atau mencari pasukan lain di Lembah Klang.

Khalid berkata beliau bercadang untuk mencari pasukan di Lembah Klang kerana mahu berada dekat dengan keluarga.

Baca artikel lain mengenai Khalid Jamlus di sini:

Khalid Jamlus Mohon Maaf Isu Tukang Kebun

Steve Darby: Khalid Jamlus Seorang Yang Jujur, Bekerja Keras Dan Kelakar

“Nak Jadi Jurulatih, Harus Bermula Dari Bawah”