Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin menegaskan berita mengenai tawaran dari Selangor dan Perak untuk mendapatkan khidmat beliau hanya khabar angin semata-mata.

Aidil menyatakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah menawarkan kontrak lanjutan kepada beliau untuk terus membimbing pasukan. Namun pengendali dari Singapura itu masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.

Sharin
Aidil Sharin
Sumber Gambar: Kedah FA

“Sejujurnya saya masih berbincang dengan keluarga saya untuk menentukan sama ada mahu kekal (di Kedah) atau ke pasukan lain.

“Buat masa ini, saya hanya fokus kepada perlawanan yang akan datang (menentang Pahang, Sabtu ini) kerana tiga perlawanan terakhir ini amat penting untuk kami mengekalkan kedudukan kedua,” kata Aidil menurut laporan Stadium Astro.

Tambah bekas ketua jurulatih Home United itu, hati beliau sentiasa berada di Kedah namun jurulatih itu mahu melihat dari sudut yang lebih besar.

Sharin
Sumber Gambar: MFL

“Saya seorang jurulatih yang sukakan cabaran. Memang saya amat rapat dengan pemain Kedah dan itu adalah salah satu faktor kenapa saya masih berada di Kedah walaupun pernah lima bulan tidak dibayar gaji,” tambahnya.

Kedah masih belum tewas sejak saingan Liga Super kembali disambung setelah berehat lebih lima bulan ekoran pandemik COVID-19. Skuad Lang Merah mencatat empat kemenangan dari empat perlawanan yang dihadapi.

Baca artikel lain mengenai Aidil Sharin di sini:

Kenyataan ‘Ikut Dan’ Presiden KFA Cetus Kecaman Penyokong Kedah, Aidil Sharin Akan Sertai Perak?

Aidil Sharin Bebas Sertai Mana-Mana Pasukan

Aidil Sharin Keliru Dengan Tindakan KFA Mengenai Tunggakan Gaji