Tiga pemain muda Thailand yang bakal menjalani ujian bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Leicester City iaitu Supachok Sarachat, Supachai Jaided dan Suphanat Mueanta berpeluang untuk beraksi di Eropah sekiranya menampilkan prestasi cemerlang semasa tempoh ujian.

Presiden Leicester City, Aiyawatt Srivaddhanaprabha berkata kelab mempunyai matlamat untuk membantu perkembangan pemain muda Thailand dan beliau yakin dengan kemampuan yang dimiliki oleh tiga pemain terbabit.

“Kami yakin dengan kemampuan pemain Thailand. Kami mahu membantu perkembangan bakat-bakat muda di sini. Kami ingin mengembangkan bakat kerana ianya merupakan satu pelaburan bagi kami.

“Ketika ini kami mempunyai pusat latihan yang baru dan juga fasiliti seperti sains sukan terbaik di sana. Tiga pemain muda ini akan menguji kemampuan mereka di Leicester City. Ini merupakan peluang keemasan bagi mereka untuk menguji sama ada mereka sudah bersedia untuk beraksi di Eropah.

“Jika semua berjalan dengan lancar, mereka akan diberikan peluang untuk beraksi di Eropah sama ada bersama Leicester atau bersama kelab Belgium, OH Leuven pada masa akan datang,” kata Aiyawatt Srivaddhanaprabha.

Leicester City
Supachok Sarachat. Sumber Gambar: Buriram United

Supachok, Supachai dan Suphanat sememangnya menjadi harapan skuad kebangsaan Thailand bagi membawa cabaran skuad kebangsaan negara itu pada masa akan datang. Dengan peningkatan umur penyerang senior dan ketua pasukan, Teerasil Dangda serta bilangan pemain pemain sayap yang minimun, ketiga-tiga pemain ini dijangka bakal mengisi kekurangan tersebut.

Tiga pemain ini juga sudah beraksi bersama skuad senior di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih skuad Piala Dunia 2018 Jepun, Akira Nishino.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

RASMI: Buriram United Siap Sedia Hantar Trio Suphanat, Supachok Dan Supachai Ke Leicester City Tahun 2021

Supachok Sarachat Dalam Pemerhatian Tiga Kelab Portugal

Suphanat Mueanta Genap 18 Tahun, Rekodkan 12 Jaringan Dalam 50 Penampilan, Penjaring Termuda AFC Champions League