Bek sisi Arsenal, Nuno Tavares tidak percaya masih ramai orang di luar sana termasuk penyokong Arsenal sendiri yang terkejut dengan prestasi semasa pasukan Arsenal.

Tavares menyatakan perkara itu menjelang aksi berdepan Liverpool di Anfield.

Menurut Tavares, ianya adalah perkara biasa untuk pasukan besar seperti Arsenal dan sasaran mereka adalah berada di puncak liga dan menjuarainya.

Skuad bimbingan Mikel Arteta kini 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan. Menang lapan dan seri dua kali.

Prestasi positif tersebut membolehkan Arsenal mendaki ke 5 teratas dalam carta liga dan duduk di belakang Liverpool, serta di atas Man United.

Nuno Tavares beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan, di mana Kieran Tierney tidak dapat beraksi. Ianya memberikan dilema kepada Mikel Arteta tentang siapakah pilihan utama beliau.

Dipetik daripada Football London, Tavares berkata: “Kami adalah kelab besar dan kami ada pemain pemain berkualiti. Saya hairan kenapa orang terkejut tentang prestasi kami.”

“Bagi kami, ianya perkara biasa dan mudah difahami, memenangi perlawanan untuk Arsenal. Kami kini di 5 teratas.”

“Bagi kami sekarang, kami mahu mencapai matlamat berada di puncak liga. Jadi saya tidak tahu, kenapa ada yang terkejut dengannya.”

“Kami adalah pasukan yang bagus, dan orang di luar sana harus memahami bahawa kami adalah Arsenal. Kami perlu memenangi perlawanan untuk mencapai objektif kami.”

Arsenal dalam prestasi yang sangat baik. Sedangkan Liverpool agak tidak menentu dalam dua perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

Inilah peluang untuk Arsenal untuk memintas Liverpool, jika mereka menang dalam aksi di Anfield pada hari ini.

Tavares kemudian menyatakan bahawa pasukan mereka datang ke Anfield untuk membawa pulang 3 mata.

“Ini adalah perlawanan besar untuk kami, kami datang ke Anfield dan cuba memenangi perlawanan, itu sahaja.”

Ramai peminat Arsenal teruja mendengar kata kata Tavares yang menurut mereka menunjukkan bahawa beliau seorang yang membawa kembali mentaliti invincibles Arsenal.

Baca juga artikel

Ole Jamin Peminat Akan Lihat Aksi Berbeza Dari United Selepas Latihan Minggu Ini

Michael Owen Yakin Steven Gerrard Akan Menikmati Kekalahan Malam Ini

Lingard Sedia Pergi Secara Percuma Kerana Kecewa Ditawarkan Gaji Lebih Rendah