Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini mengumumkan bahawa kejohanan AFF Suzuki Cup yang sebelum ini dijadualkan pada bulan November 2020, kini akan dilangsungkan pada bulan Disember 2021.

Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak AFF kepada isu kesihatan dan keselamatan semua pihak dan memberikan kepastian kepada semua pihak pemegang taruh termasuk AFF MA, pasukan, pemain, pegawai, rakan komersil dan penyokong.

“Seperti biasa, keutamaan kami adalah kesihatan dan keselamtan semua orang yang berkaitan dengan kejohanan ini. Kami telah memantau perkembangan mengenai COVID-19 di ASEAN dan juga global secara berterusan.”

“Walaupun ketika ini sudah ada keputusan vaksin yang memberangsangkan, kami sedar bahawa proses kelulusan, pengedaran secara praktikal dan program implementasi vaksin itu akan mengambil masa.” kata Presiden AFF Major General Khiev Sameth.

Pihak AFF juga turut percaya dengan mengambil pendekatan yang pragmatik serta membuat keputusan lebih awal akan memberikan ruang kepada semua pihak untuk mengatur perancangan aktiviti masing-masing dan pada hujung tahun nanti semua akan dapat memberikan fokus kepada kejohanan AFF Suzuki Cup.

Tarikh baharu kejohanan itu akan bermula pada 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022, akan memberikan satu peluang untuk kejohanan ini dianjurkan dengan format penuh home dan away bagi peringkat kumpulan dan kalah mati, selain stadium dapat dipenuhi dengan penyokong pasukan masing-masing.

Mengikut pindaan jadual sebelum ini, kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 sepatutnya diadakan sekitar April hingga Mei 2021 dan apabila tarikh baharu dikeluarkan, semua MA akan dimaklumkan dengan butiran lanjut tidak lama lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Media Vietnam Ini Dedahkan Yohan Cabaye Berminat Beraksi Dalam V-League, Tunaikan Wasiat Neneknya

Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike

Ini Reaksi ‘Ekor’ Harimau Malaya Terhadap Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Yang Baru Dilancarkan