Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin boleh mengukir senyuman apabila mereka berpeluang untuk mendapatkan jersi ‘away’ yang sama seperti dipakai oleh para pemain skuad Harimau Selatan itu dengan harga cukup berbaloi.

Hal ini kerana pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan untuk menanggung kos jualan yang menyaksikan jersi tersebut boleh didapati dengan harga RM185 sahaja.

Harga yang jauh lebih murah dan sudah pastinya keadaan ini tidak boleh dilepaskan oleh para penyokong untuk mendapatkan jersi tersebut kerana difahamkan harga sebenar bagi jersi ‘Away’ versi pemain berharga RM429.

JDT

Manakala bagi jersi ‘Home’ pula akan dijual bagi versi penyokong, juga dengan harga RM185.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JOHOR Southern Tigers sebentar tadi,  perkembangan terbaharu berhubung harga jersi tersebut adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi dicurahkan para penyokong setia terhadap JDT.

Jersi ‘Away’ telah dipilih sebagai hadiah dan tanda penghargaan buat para penyokong kerana dominan warna putih serta kombinasi merah dan biru itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim.

Jersi ‘Away’ versi pemain tersebut boleh dibeli secara dalam talian di JDT Online Store manakala jersi ‘Home’ versi penyokong di laman sesawang rasmi Nike dan juga JDT Official Store.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Ball Playing Defender: Teras Kepada Taktikal Moden Dibina Dari Belakang

JDT Lancar Jersi Baharu Hadapi Saingan Musim 2021