Pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan menyatakan kesediaan beliau untuk membantu pemain muda berbakat dari Malaysia pada masa akan datang.

Tan Sri Vincent berkata demikian ketika majlis menandatangani kontrak antara Luqman Hakim dan KV Kortrijk hari ini.

“Memang menjadi impian saya jika Luqman berjaya, ada pemain lain yang beraksi di luar negara. Bukan sahaja beraksi bersama KVK, tetapi juga dengan kelab lain.

Tan Sri Vincent Tan
Luqman Hakim

“Kita pun sanggup membantu sekiranya ada pemain yang bagus, kami akan hantar pemain itu ke kelab yang kami miliki. Kelab lain juga boleh bergantung kepada scouting system mereka,” kata Tan Sri Vincent Tan.

Tambah Tan Sri Vincent, ini merupakan peluang keemasan kepada Luqman dan pemain itu perlu membuktikan bahawa beliau mampu untuk menyinar di KVK.

“Ini adalah satu peluang besar untuk Luqman dan juga Malaysia. Apa yang kita perlu lakukan ialah mendoakan agar beliau boleh berjaya bersama KVK,” tambahnya.

Luqman menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama KV Kortrijk dan dianggarkan bernilai 7 angka (berkemungkinan sekitar RM3 juta) dimana beliau juga turut akan menerima kemudahan tempat tinggal serta pengangkutan ketika berada disana nanti.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”

RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos