Jutawan dari Malaysia, Tan Sri Vincent tan menegaskan beliau sudah banyak melabur dalam Cardiff City dan berpendapat sekarang bukan masa yang tepat untuk menjual kelab yang berpangkalan di Wales itu.

Menerusi temu ramah bersama Welsh Online, Vincent memberitahu beliau mendapat desakan dari ahli keluarga untuk segara menjual Cardiff namun beliau enggan berbuat demikian.

“Banyak harta saya sudah dihabiskan di Cardiff City. Semua ahli keluarga saya mahu saya untuk segera menjual kelab ini. Apa yang saya beritahju mereka? Saya akan jual kelab ini apabila tiba masa yang tepat. Sekarang adalah masa yang kurang tepat. Saya percaya kita mampu untuk menjual kelab ini pada masa akan datang, supaya saya dapat meraih kembali wang yang saya sudah habiskan,” katanya.

Tan Sri Vincent Tan Cardiff City
SUmber Gambar: Daily Mail

Tan Sri Vincent Tan juga berkongsi sasaran beliau iaitu mahu membawa Cardiff kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana kali terakhir kelab itu beraksi di saingan liga divisyen utama bola sepak England ialah pada musim 2018/2019 yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga ke-18 dan tersingkir ke saingan Liga kejuaraan EFL.

“Saya mahu membawa kelab ini kembali ke EPL, dan kekal di sana untuk 10 musim. Ya saya percaya kita mampu untuk melakukan perkara ini kerana saya seorang yang optimistik.

Vincent juga mengkritik peminat yang mahu beliau keluar dari pasukan ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan sejak beberapa musim ini dengan meminta agar mereka menguruskan sendiri kelab ini.

“Untuk mana-mana pihak yang mahukan saya untuk keluar, Mehmet Dalman (Pengerusi) dan Ken Choo (CEO) untuk keluar, kalau mereka pandai sangat mereka boleh melaburkan wang mereka sendiri atau meminta jutawan Wales untuk membeli kelab ini dan layak ke EPL.

“Saya mengambil alih kelab ini pada 2009. Sejak itu, kita dua kali layak beraksi di EPL. Ini tidak berlaku dalam tempoh masa 53 tahun dalam sejarah kelab. Saya rasa pencapaian ini cukup bagus. Peminat harus berasa gembira,” tambahnya.

Tan Sri Vincent Tan dipercayai telah berbelanja sebanyak £200 Juta atau sekitar RM37 Billion bagi membeli pemain, membayar gaji serta urusan lain sejak membeli kelab pada 2009.