Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur United (KL United) semalam mengumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebagai Patron dan Presiden kepada pasukan itu berkuatkuasa serta-merta.

Annuar Musa dalam satu kenyataan dalam laman facebooknya berkata, beliau bersetuju untuk menerima tawaran itu setelah mempertimbangkan pelbagai perkara dan bersedia berkongsi pengalamannya untuk memajukan pasukan KL United.

“Setelah menimbangkan jemputan dan rayuan mereka, saya bersetuju menerima tawaran tersebut dgn syarat tawaran itu mestilah atas kapasiti peribadi saya dan bersifat sukarela tanpa memegang apa apa kepentingan dan tidak menerima apa apa ganjaran.

“Saya sekadar berkongsi pengalaman dan membantu memajukan pasukan KLU serta memajukan sukan tersebut di Kuala Lumpur.

“Saya berharap pasukan KL United dapat turut menyumbangkan sesuatu kepada komuniti dan warga Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Annuar bukan asing dalam arena bola sepak tempatan kerana beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketika era Annuar Musa sebagai Presiden KAFA, Kelantan merupakan pasukan terkuat dalam Liga Malaysia apabila telah memenangi Liga Super sebanyak dua kali (2011 & 2012) dan Piala FA (2012 & 2013) serta membuat 3 penampilan dalam saingan AFC Cup.

Lebih menarik, KL United turut dibimbing oleh ketua jurulatih ketika zaman Annuar Musa menjadi Presiden KAFA iaitu Bojan Hodak. Pengurusan pasukan itu diketuai oleh Stanley Bernard Stephen Samuel selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Annuar seterusnya berharap pasukan KL United mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada musim ini dan beliau juga sempat hadir menyaksikan sesi latihan pasukan bersama Ahli Lembaga KLU, Khalid Abd Samad.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

C

Chong Yee Fatt Calon Ganti Mehmet Durakovic Kendalikan Perak

Skuad Projek FAM-MSN Sedia Beri Saingan Sengit Dalam Liga Premier 2021

Kedah Berisiko Tidak Dapat Beraksi Di AFC Cup 2021?